CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Petani hadapi kesan nuklear bunuh diri

[Copy link]
Post time 5-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramai tak tahan masalah selepas loji  bocor radiasi\rTOKYO: Krisis keselamatan makanan yang memburukkan lagi keadaan penduduk selepas kejadian 11 Mac di Loji Nuklear Fukushima Daiichi turut memberi kesan buruk kepada petani di wilayah itu hingga ada yang bertindak membunuh diri.\r\n\n\n\n\r  “Jumlah petani yang membunuh diri meningkat di Fukushima,” kata pesawah dan penanam sayur, Toshihide Kameda, 63, dari wilayah yang dipetik akhbar Japan Today.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau antara 300 petani dari wilayah Tohoku yang menyertai tunjuk perasaan di ibu pejabat Tokyo Electric Power Co (TEPCO), kelmarin. \r“Kami menderita dan menghadapi tekanan jiwa. Kami tidak tahu bila boleh pulang ke rumah dan kami tidak boleh mengusahakan apa yang kami mahu,” katanya.\rKameda berkata tempahan tahun ini kurang daripada 20 peratus berbanding waktu biasa dengan ketagihan arak meningkat di kalangan petani yang sudah kehilangan semangat.\rPetani, Mitsuyo Tarukawa, 61, yang suaminya membunuh diri di tengah-tengah krisis nuklear berkata: “Tolonglah bersihkan tanah yang sudah tercemar. Tanah adalah segala-galanya bagi petani seperti kami, kami tidak boleh berbuat apa-apa.” \r\n\n\n\n\rMereka membuat bantahan selepas daging dicemari bahan radioaktif tinggi iaitu cesium didapati meningkat tujuh kali ganda daripada had dibenarkan dan dihantar ke kedai dan pasar selain dibeli penduduk yang tidak tahu ia sudah dicemari bahan itu, lapor media di sini.\rSumber pencemaran itu dipercayai jerami yang terdedah bahan radioaktif selepas loji nuklear itu mengalami masalah.\rDalam perkembangan lain, Jepun memecat tiga pegawai kanan yang ditugaskan menangani isu nuklear, semalam.\rMenteri Perdagangan, Banri Kaieda, yang meneliti dasar tenaga, berkata beliau merancang menggantikan tiga pegawai kanan dalam kementerian berpunca daripada krisis loji jana kuasa Fukushima, bencana nuklear terburuk sejak 25 tahun lalu.\rTiga pegawai berkenaan adalah Kazuo Matsunaga, Pegawai Kanan Kementerian Perdagangan, Nobuaki Terasaka, Ketua Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri (NISA) dan Ketua Agensi Sumber Semula Jadi dan Tenaga, Tetsuhiro Hosono.\rKaieda, yang memainkan peranan utama dalam menguruskan krisis Fukushima dan berhasrat meletak jawatan untuk bertanggungjawab atas salah langkah itu mengatakan bila beliau akan meletak jawatan.\r“Saya merancang memperbaharui kakitangan dengan melakukan rombakan besar-besaran,” kata Kaieda.\r“Saya sudah memikirkannya selama sebulan. Saya akan memasukkan orang baru untuk membangunkan semula kementerian.”\rPerdana Menteri, Naoto Kan menggesa pengurangan berperingkat Jepun terhadap kebergantungannya kepada kuasa nuklear dan melahirkan perasaan tidak percaya terhadap kementerian perdagangan yang mempromosi tenaga atom. \rKan yang tidak popular, berjuang untuk kekal dalam kedudukannya walaupun gesaan meningkat daripada partinya sendiri supaya berundur, memainkan peranan utama dalam keputusan memecat tiga pegawai terbabit, kata akhbar Asahi Shimbun. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 1.143596 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list