CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mr.mimpi

gaji yang berkat

[Copy link]
Post time 4-8-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply  ruffleen
ohh..nasib baik..m0ga2 berkat gaji aku
Loloq89 Post at 4-8-2011 15:10

insyaAllah...amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 05:14 PM | Show all posts
bagus bukak topic camnie...

well, keberkatan tu bukan sahaja pd gaji, tetapi seluruh kehidupan..termasuklah hubungan sesama insan..penting jugak tu

nk cerita ttg keberkatan gaji ni memang ada bberapa episod dalam kehidupan yang diceritakan dan dilihat sendiri depan mata...

perlu diingat gaji yg kita dpt setiap bulan bukan 100% hak mutlak kita walaupun kita yang mengusahakannya..sebab tu kita perlu bersedekah/berzakat...alirkan gaji kita pada saluran yang bermanfaat..kalu pegi masjid tu masuk rm1/rm2 dlm tabung masjid pun ok...
sedekah untuk pembangunan ummah...etc...

tp,tp,tp....jgn lupakan keluarga sendiri dahulu! berkebajikan lah gaji kita dengan ahli keluarga dahulu sblm berkebajikan dengan org lain selain ahli keluarga...

duit gaji pun perlu diguna pada jalan yang betul..jangan lah pulak gaji tu pegi beli benda-benda yang mendatangkan syubhah n haram...contoh:rokok(oooppss..no heart fefiling ok), beli no eko(nauzubillah)...n sewaktu dengannya...

kesimpulannya, gaji yg kita dpt perlu dimanfaatkan 100% ke jalan kebaikan dengan cara yg betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 06:21 PM | Show all posts
ermm kengkadang tgok bersamamu nak je teru bg duit ..tp cepat sgt tv3 disply no akaun ..ermm x sempat nak salin
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 01:13 AM | Show all posts
aku ada bersembang pasal ni dalam satu thread lain...
aku paste kat sini la post aku tu...malas nak taip lagi sekali...

masa aku dok marah2, memberontak...gila nak tonjolkan diri...benda tu cuma keep the negative aura arround me...lagi jatuhkan aku...
sehinggala sorang manager ni, dia agak rapat ngan aku...bagi nasihat...keje biar ikhlas kerana Allah...
so, aku fahami nasihat dia...aku kerja ikhlas kerana Allah...aku anggap kerja aku tu ibadat (moga diterima)...aku mencari ilmu di dalam kerja aku....dan aku tak peduli pasal kredit dari hasil kerja aku...yg aku pentingkan, hasil kerja aku...

Alhamdulillah...aku senang hati...aku dah tak dipengaruhi benda negative di sekitar aku...rezeki aku pun makin luas rasanya...walau gaji aku lebih kurang je ngan sebelum tu, tapi lebih nampak hasilnya...aku tak pernah kesimpatan duit...dan aku dapat beli apa yg aku nak (tapi kemahuan aku di takat sederhana...bukan 7 series semua tu)...

dan boss yg dulu jatuhkan aku, nampak cam dah berubah sikap ngan aku...kenaikkan gaji yg lepas, jumlahnya agak aku tidak sangka...aku dapat berita dia siap fight untuk promotekan aku (tapi result lambat lagi kuar)...dan ada manager department lain dah lobi nak "beli" aku...tetiba je nama aku naik di saat aku dah tak kisah semua tu...dulu, masa aku dok kejar benda tu, aku tak dapat....sebab, tiada keihlasan...

bercerita ni bukan nak cakap aku bagus...sama je aku dulu dan sekarang...cuma bezanya, aku ikhlaskan diri dalam menunaikan amanah yg diberi...hasilnya, aku rasa agak berbeza...

dan benda ni boleh dipraktik di mana2....sama ada ko kerja ngan orang...atau kerja sendiri...asalkan kerja yg halal...


bagi aku...pokok pangkalnya IKHLAS...
dan of coz ada syarat2 wajib seperti jangan curi tulang, jangan menipu, jangan rasuah semua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 07:55 AM | Show all posts
Reply 24# Brutal

setuju sangat....kita jgn dok tengok orang lain buat benda negatif maka kita pun nak ikut gak dgn alasan "kalo dia buat takpe, nape aku tak boleh"
macam contoh, kalo kawan kita suka 'mengipas' dan mendapat pelbagai habuan/anugerah dek kerana kipasan itu, tak perlulah kita ikut. ada opismet aku memang kaki bodek. ada gak yg perli2 aku sbb aku tak reti mengipas. aku buat derk je,malas nak campur.

tapi lepas tu, aku tengok, lepas satu, satu problem diorang ni. tu bila tengok tred ni, aku terfikir gak, mungkin problem diorang tu ada kaitan dgn keberkatan gaji yg diorg dapat. haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 07:58 AM | Show all posts
ermm kengkadang tgok bersamamu nak je teru bg duit ..tp cepat sgt tv3 disply no akaun ..ermm x sempat nak salin
mr.mimpi Post at 4-8-2011 18:21

ko tak try tengok website dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 03:10 AM | Show all posts
halal @ berkat gaji kita... bukan kita yang tentukan...
Hanya Allah yang layak menentukan...
Yang penting... Kita berusaha utk mendapatkan berkat dari gaji i2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:11 AM | Show all posts
Tapi memang la...
Gaji kalau tak berkat memang tak ada manfaat..
kita tak dapat menyimpan @ mbli apa2...
ini my punya pengalaman la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 01:06 PM | Show all posts
nak dapat gaji berkat yang aku amalkan :
a) berbelanja sedarhana... jangan buat loan...kalau dah biasa berbelanja lebih.. sure hidup kita kata x pernah cukup2..
b) menolong kawan2 yang perlukan pertolongan.. agar gaji kita berkat.. mana tau esok2 kete kita rosak.. kwn yang nak bantu kita
c) elak maksiat di tempat kerja.. berfoya2
d) buat kerja betul2.. kalau datang keje jam 8-5 petang.. tapi keje x ikhlas.. lembab (sengaja lah tu !!) macammana nak dapat gaji berkat..
e) jangan menipu orang.. kalau org menipu kita x pe.. biasanya doa org yg yang dizalimi lambat laun diperkenankan juga..
f) isi masa kita dengan membaca Al-Quran.. dan doakan agar kita mendapat gaji yang berkat dan cukup dan mudahkan semua urusan kerja.. sembahyang jangan tinggal tau (itu kunci penting sebenarnya)
g) Bersedekah dengan ibubapa kita dan saudara mara.. menasihati pun sedekah juga.. bukan keluar dan minum2 buat mengumpat.. aka carilah kawan2 yang suka pegi ke masjid agar masa kita terisi dengan pengalaman berfaedah..
h)Mensyukuri dan bertaubat... kadang2 Allah hendak menguji kita kat dunia.. semuanya pinjaman..

yang saya hairan TT.. apa yg awak cari dalam dunia ni ? setakat pikir gaji berkat ke tidak.. (itu adalah urusan Allah) rezeki termaksud dalam hal rahsia Allah yang nyata... pikir2 baik dan buruk sebelum membuat sesuatu pekerjaan..InsyaAllah dengan mengikuti 8 nasihat saya ini rezeki awak akan terbentang luasss...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 12:13 AM | Show all posts
assalammualaikum.

saya nak share pengalaman saya dalam mencari keberkatan dalam mencari rezeki.
last year, hampir 6 bulan saya xde income sbb bhenti kerja and cuba start buat business.
Di awal ramadhan last year, saya ditawarkan bekerja disebuah syarikat seorang datuk tetapi diberhentikan. Alhamdulillah, dalam masa seminggu, another company panggil interview dan ditawarkan kerja dengan sekali sahaja interview. Saya dikehendaki melapor diri bekerja selepas Aidilfitri dan sign offer letter raya ke empat.
Bermula dengan itu, saya nekad mencari rezeki dengan menafkahkan sebahagian harta pada golongan yang kurang berkemampuan. Segala hutang piutang dengan orang lain diselesaikan walaupun membuat personal loan. Dari situ, saya lihat rezeki semakin bertambah-tambah. Alhamdulilah, dalam masa 3 bulan bekerja, saya mendapat performa incentive, 6 bulan bekerja terus disahkan jawatan dan kenaikan gaji. Alhamdulillah, setelah 9 bulan bekerja, gaji saya dinaikkan buat kali kedua dalam tahun ini dengan bayaran komisyen yang agak lumayan lebih kurang 3 bulan gaji.
Antara tip2 yang saya amalkan:-

1. Memohon restu kedua ibubapa agar merestui pekerjaan yang saya ceburi.
2. Memberi wang kepada kedua ibubapa mengikut kemampuan.
3. Melangsaikan hutang-piutang kepada orang lain.
4. Solat 5 waktu di samping mengamalkan surah Al Waqiah selepas isyak dan solat sunat Dhuha di pagi hari.
5. Membayar zakat (tidak kira kepada pusat zakat atau memberi kepada golongan fakir miskin.
6. Bekerja dengan jujur dan ikhlas dengan mengharapkan keredhaan Allah.
7. Sentiasa berbaik-baik sesama manusia.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 04:21 PM | Show all posts
Nurul & della.....Good sharing story.........
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:49 PM | Show all posts
TQ medang.. sharing is caring...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 12:58 PM | Show all posts
Nurul & della.....Good sharing story.........
medangmru Post at 7-11-2011 16:21



    TQ mod medangmru for tacang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:17 AM | Show all posts
Ade satu company di pantai t..
Ade bos asik nak duit...duit customer dia sapu gak...ape na buat


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:35 PM | Show all posts
assalammualaikum.

saya nak share pengalaman saya dalam mencari keberkatan dalam mencari rezeki.
...
dellashrill Post at 7-11-2011 00:13


buat panduan saya ni..tq della..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.755094 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list