View: 255|Reply: 0
|
Ramadan berdarah di Syria, Afghanistan
[Copy link]
|
|
Hama diserang, serangan bunuh diri di Kunduz\rBEIRUT: Hari pertama Ramadan menyaksikan pertumpahan darah berlarutan di Syria dengan askar terus menyerang kota Hama selepas tunjuk perasaan antikerajaan berterusan manakala tiga penyerang bunuh diri menyerang sebuah rumah tetamu yang biasa didiami warga asing pada hari kedua berpuasa di Kunduz, Afghanistan.\r\n\n\n\n\rDi Hama, penunjuk perasaan anti-kerajaan mengadakan sekatan dan mengumpul kayu dan batu untuk mempertahankan diri kelmarin ketika rejim pemerintah cuba menghapuskan pemberontakan yang berlangsung lima bulan.\r\r\n\n\n\n\nPenunjuk perasaan berazam tidak menjadi mangsa pemerintah seperti pada 1982 apabila ribuan penduduk dibunuh di Hama selepas bapa Presiden Bashar Assad mengarahkan kekerasan dilancarkan.\rMenjelang malam, penduduk berkata kereta kebal tentera terus melepaskan bedilan manakala tentera melepaskan tembakan mesingan ke arah penduduk yang menghala ke masjid untuk solat Tarawih.\rPenduduk baru saja berbuka puasa dan serangan itu jelas menyasarkan untuk menghalang mereka daripada berkumpul dalam masjid, bimbang mereka akan mencetuskan bantahan anti-kerajaan besar-besaran.\rIa adalah hari kedua serangan ke atas Hama dan bandar lain. Dalam serbuan terdahulu, empat orang terbunuh di Hama dan tiga lagi dibunuh di bahagian lain negara itu, kata penduduk dan kumpulan hak asasi.\r\n\n\n\n\rTindakan keras terbaru jelas menyasarkan penunjuk perasaan agar tidak bertambah ketika Ramadan.\rKeganasan Ahad lalu menyebabkan 74 maut di seluruh negara, 55 daripadanya di Hama dan kejiranan berhampiran manakala dalam kekerasan terbaru dipercayai 24 lagi terbunuh.\rSerangan itu menyebabkan Amerika Syarikat mengutuk pentadbiran Bashar manakala kerajaan Eropah melanjutkan sekatannya ke atas Syria dengan membekukan aset dan mengehadkan pergerakan lima lagi pegawai kerajaan dan tentera.\rDalam serangan di Kunduz, seorang penyerang meletupkan bom kereta di pintu masuk rumah tetamu itu manakala dua lagi penyerang menyerbu sebuah lagi bangunan dan terbabit dalam tembak menembak dengan askar kerajaan.\rPertempuran meletus beberapa jam sebelum pemberontak meletupkan beberapa butir lagi bom ketika bertempur dengan anggota kerajaan menyebabkan empat pengawal keselamatan yang bekerja dengan sebuah syarikat Jerman maut, kata penyiasat polis, Abdul Rahman. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|