|
Kilang baru jadikan Malaysia hab pemasangan, pengedaran kenderaan di Asia TenggaraCHERY Alado Automobile Sdn Bhd bercadang melabur RM300 juta bagi membina kilang pemasangan kenderaan jenama Chery di negara ini.\rSelain untuk pasaran tempatan, kenderaan yang akan dipasang di kilang itu akan turut dieksport ke pasaran Indonesia serta Thailand, sekali gus menjadikan negara ini sebagai hab bagi pemasangan kenderaan jenama China itu di Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\r Ketua Eksekutif Chery Alado Automobile, Paul Ng, berkata syarikat itu sudah mengemukakan cadangannya bagi pembinaan kilang itu kepada kerajaan dan sedang menunggu kelulusan.\r\r\n\n\n\n\n “Kami sudah menghantar cadangan kepada kerajaan dan sedang menunggu keputusannya. Pada masa sama, kami turut meninjau kawasan yang sesuai untuk tapak kilang itu,” katanya ketika taklimat kepada media bagi mengumumkan perkara itu di Petaling Jaya, semalam.\rNg berkata, pemilihan Malaysia sebagai pusat bagi pemasangan kenderaan Chery dengan kapasiti enjin 1,800cc ke atas itu didorong oleh beberapa faktor yang menarik dan meyakinkan seperti kestabilan politik serta prospek ekonominya yang mantap, dengan unjuran pertumbuhan antara lima hingga enam peratus setahun.\rPasaran kenderaan negara yang merekodkan pertumbuhan serta perkembangan positif setiap tahun juga menjadi faktor penting Chery Alado memutuskan membina kilang pemasangan model Chery itu di sini, katanya.\rChery Alado, anak syarikat Chery Alado Holding Sdn Bhd yang dikuasai ekuitinya oleh Chery Automobile Co Ltd, Alado Corp Sdn Bhd serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mula membawa masuk kenderaan jenama China itu di pasaran tempatan sejak 2006.\r\n\n\n\n\rPada 2008 ia memulakan pemasangan tempatan (CKD) jenama itu bermula dengan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Chery Eastar, diikuti dengan kenderaan utiliti sukan (SUV), Tiggo pada 2009.\rPemasangan itu bagaimanapun dibuat di kilang milik pihak ketiga di Johor Bahru.\rMengenai unjuran jualan bagi tahun ini, Ng berkata, syarikat menyasar menjual sehingga 4,000 unit unit berbanding 3,300 unit yang dicatatkan tahun lalu.\rKatanya, unjuran jualan lebih tinggi itu dibuat berdasarkan permintaan tinggi, sehingga 300 unit sebulan untuk model Eastar, selain disokong oleh peningkatan bilangan pusat servis serta wakil pengedarnya yang kini masing-masing berjumlah 27 dan 35 di seluruh negara.\rBagi pengenalan model baru pula, katanya, Chery Alado akan melancarkan dua model baru menjelang akhir tahun ini, iaitu, kenderaan 14 penumpang dikenali sebagai Transcom dan pikap menjelang akhir tahun ini.\rDua lagi model iaitu kereta sedan 1.6cc A3 dan SUV 1.3cc, X1 akan dibawa masuk tahun depan, katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|