CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6802|Reply: 8

Boleh ke jual beli barang palsu dan memakai barang berjenama palsu

[Copy link]
Post time 14-7-2011 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua,
Sejak kebelakangan ini , byk brg2 palsu membanjiri pasaran negara kita (plg latest telur tiruan dari China    )

Saya hanya nak tanya kpd forummer2 semua samada kita nih rakyat2 marhain nih dibenarkan untuk membeli atau menjual barang-barang palsu? Maksud saya barang palsu nih termasuklah pakaian2 berjenama mahal, brgan2 kulit berjenama mahal etc etc.  

1.Adakah kita boleh ditangkap dan didakwa sekiranya kita memakai baju berjenama palsu dan berjalan di bandaraya? Pakai baju kuning pun boleh kena tangkap

2. Adakah kita boleh ditangkap dan didakwa sekiranya didapati menjual/membeli barang berjenama palsu?

3. Ada atau tak undang2 yg melindungi pengguna yg terbeli barang berjenama palsu?

Terima kasih byk2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 07:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by medangmru at 14-7-2011 19:30

cuba nengok akta dibawah :-

AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972      

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau
Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.
      

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :   
  • Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan  (umpamanya barang tiruan);

Denda yang boleh dikenakan :   
  •   Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh  dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan        berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.
   
  •   Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga        RM500,000.00.
   
  •   Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun,jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

Dan juga ini......

AKTA HAKCIPTA 1987

      

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.   

  • Menjual salinan langgaran karya hakcipta;
  • Menyewa salinan langgaran karya hakcipta;
  • Membuat salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mengedar salinan langgaran karya hakcipta;
  • Memiliki salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mengimport salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta;
  • Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan;
    * Salinan langgaran adalah salinan cetak rompak.Denda yang boleh dikenakan   
  • Bagi kesalahan pertama membuat, menyewa, mengedar, memiliki, mempamerkan, mengimport salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga      RM10,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM20,000.00 setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
   
  • Bagi kesalahan pertama membuat/memiliki alat  perekaan untuk membuat salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM20,000.00 bagi      setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya clan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM40,000.00 bagi setiap perekaan atau 20 tahun penjara atau kedua-duanya.


Rujukan : http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/akta.asp
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 08:53 PM | Show all posts
Jual barang palsu aku tanaklah....
Tapi pakai tu sesekali, seronok jugak....
Tengok orang jeling2 dua tiga kali tambah2 kalau pakai jam rolex ke....
Nak kata aku pakai imitation, takkan kot.....
Tapi klau tenung betul2, jam tu bukan rolex, tapi "golex"........
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:10 PM | Show all posts
Jual barang palsu aku tanaklah....
Tapi pakai tu sesekali, seronok jugak....
Tengok orang jeling ...
jazaa Post at 14-7-2011 08:53 PM



    jenama tak sama takper.....jgn betul2 sama...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:14 PM | Show all posts
jenama tak sama takper.....jgn betul2 sama...
medangmru Post at 14-7-2011 21:10


Iya ke medang?....hmy3:
Saya pakai jenama yang sama....ROLEX...
Beli kat masjid India je, RM30....
Bila saya kata imitation, my fnd kata _"muka U nak pakai imitation, tak payah lah"..... diorang tanak percaya...
Kalau orng yang biasa pakai ori, diorng akan kenal.....yang tak pandai sgt, boleh lah kita chong.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 06:44 AM | Show all posts
wlpn ade dlm akta pengguna memakai pakaian palsu rasenye ade yg didakwa lai.jgn ler memakai pakaian palsu untuk bermegah/menunjuk/atau mendatangkan keuntungan. p enjual barangan palsu memang perlu dikenakan tindakan.biasanye tindakan diambil hasil aduan dr pembekal brgn asli atau pengguna brgn asli. macammane kes barang palsu bergred tinggi, cam dijual dikedai sukan al-i&*@#$ atau yg setara dgnnye. adakah penjual ini adalah sah dr segi undang2?

bg rakyat marhain cam aku ni, pengunaan pakaian palsu berjenama tidak asing lai. ye lorr agak tidak berbaloi dgn gaji pendapatan rendah aku ni nak menyarung pakaian asli. pakaian pasar/bazar malam yg kebanyakan tidak asli lor menjadi pilihan aku.pi stadium pun pakai jersi tak ori pun diorg tak tahu,janji aku pakai berdasarkan kemampuan dan ikut aurat.

harga brgn asli yg melampau tinggi gak menjadi faktor public membeli yg tidak ori.contoh yg paling ketara ialah cd/dvd.tak kire ler lagu ka filem ka..if yg ori leh jual rege yg munasabah, bkn saje pasaran disini bole jual umpama goreng pisang panas tp tutut boleh dijual di rantau sarawak tu..biarlah kualiti dan kuantiti tu akhirnya nanti akan dapat memberi pulangan yg tinggi bg pihak pengeluar dan pihak pemasuk/pembeli akan terus memberi sokongan yg berterusan.

just my 2ringgit msia only...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2011 09:10 PM | Show all posts
hurm..
spe ye yg x penah pakai or beli imitation...







nway, menda ni dh lame dok lm pale wa, nk tanya r;

agak2 pe hukum or pandangan korang sume...



- beli barang ori yg berkualiti dgn harga yg tinggi (ye r..actually we pay for the brand...)


or


- beli barang imitation dgn harga mebi..just 10% je dr harga barang ori


ok..persoalan dr. wa;

beli barang ori yg mahal gile... adakah berdosa sbb membazir?

cmne plak law barang imitation...adakah berdosa sbb beli barang palsu?



huhu..mebi cm pening sikit soklan wa tu, sbb bukan pe wa kkdg terpikir...setiap perbuatan, setiap sen yg kita spent akan disoal kt akhirat kn?, so, just nk tw lah pandangan korang...

erk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 09:35 PM | Show all posts
wlpn ade dlm akta pengguna memakai pakaian palsu rasenye ade yg didakwa lai.jgn ler memakai pakaian  ...
ridd Post at 15-7-2011 06:44



    eh al ikhsan tu jual barang yang tak ori ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2011 09:46 PM | Show all posts
Camne lak kalau kita jual barang asli tp takde dokumen kebenaran dari authorized dealer?
Contoh : Kita beli baju dari butik asal dalam kuantiti yang banyak then kita jual semula.

Camne lak kalau kita guna logo dalam banner bagi tujuan pengiklanan?
Aku x berapa jelas dengan Akta Perihal Dagangan 1972 terutama Section 6 & 7..

Kita guna barang trademark yang didaftarkan di luar negara bolehkah dilaksanakan hukumannya di negara kita? Sapa2 boleh explain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059298 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list