CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Bursa Mingguan: FBM KLCI boleh lepasi 1,600 mata

[Copy link]
Post time 11-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rekod tertinggi baru didorong sokongan belian kukuh saham mewah terpilihWALAUPUN FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) terus meningkat untuk ditutup pada rekod tertinggi barunya didorong oleh sokongan belian kukuh ke atas saham mewah terpilih, namun pasaran amnya menyaksikan pengambilan untung ke atas saham murah susulan momentum belian lemah.\rFBM KLCI menokok 11.8 mata, atau 0.75 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,594.74 mata, dengan keuntungan diraih kaunter Genting Malaysia (+24 sen), Petronas Gas (+74 sen), DiGi.com (+78 sen) dan Genting Bhd (+16 sen) mewakili lebih separuh kenaikan indeks.\r\n\n\n\n\r  Jumlah purata dagangan harian meningkat kepada 931.3 juta saham bernilai RM1.73 bilion, berbanding 903.5 juta saham bernilai RM1.65 bilion minggu sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n  Bank Negara Malaysia Khamis lalu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus, tetapi menaikkan Keperluan Rizab Statutori (SRR) kepada empat peratus.\rKenaikan SRR perlu bagi mengawal bertambahnya kecairan dan membendung lebihan pinjaman dalam sistem dengan M3 dan pertumbuhan pinjaman masih mencatatkan pertumbuhan dua angka pada Mei di sebalik kenaikan yang dibuat pada separuh pertama 2011.\rDengan kenaikan hutang isi rumah berbanding nisbah KDNK meningkat kepada 76 peratus daripada 66 peratus enam tahun lalu, langkah itu dilihat perlu bagi mengelak kenaikan pinjaman tidak berbayar apabila kadar faedah meningkat.\rDengan perbelanjaan persendirian dan pelaburan dijangka meraih momentum susulan kenaikan permintaan domestik dalam separuh kedua, normalisasi berperingkat dalam OPR kepada 3.5 peratus menjelang hujung tahun adalah satu kemungkinan bagi membendung tekanan permintaan.\r\n\n\n\n\rBank bakal meraih manfaat berikutan tebaran faedah ke atas kadar pinjaman dan deposit melebar daripada potensi kenaikan dalam aktiviti pasaran modal kerana permintaan terhadap wang untuk membiayai Program Transformasi Ekonomi (ETP) meraih momentum pada separuh kedua tahun ini.\rFBM KLCI berupaya melepasi paras kritikal 1,600 mata minggu ini sebelum tunduk kepada pembetulan pengambilan untung disebabkan terlebih beli.\rSebagai permulaan, tekanan bagi pembetulan berkemungkinan muncul daripada prestasi pasaran Amerika Syariat (AS).\rTiada penunjuk ekonomi utama minggu ini selain Indeks Pengeluaran Perindustrian dan jualan sektor pembuatan bagi Mei.\rPelabur menanti hasil mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan Rabu.   Strategi semerta ialah ‘Beli atas kekukuhan’.\rTinjauan teknikal menunjukkan bulan spot dagangan hadapan Julai KLCI di Bursa Malaysia Derivatives Bhd menokok lapan mata, atau 0.5 peratus kepada 1,592, bergerak arah bertentangan kepada 2.74-mata diskaun kepada indeks tunai, berbanding 1.06-mata premium Jumaat sebelumnya, berikutan peniaga tidak mengindahkan kenaikan akhir tidak tulen pada indeks tunai.\rJajaran dagangan KLCI minggu lalu ialah 18.06 mata, lebih kecil berbanding 22.62 mata minggu sebelumnya.\rPenunjuk stochastics harian perlahan bagi FBM KLCI menaik ke zon terlebih beli, manakala penunjuk mingguan memasuki zin terlebih beli ekstrim.\rIndeks Pengukuhan Relatif (RSI) 14-hari meningkat melepasi paras terlebih beli dengan bacaan melebihi 70, tetapi RSI 14-minggu mengekal aliran menaik, sementara penunjuk MACD pula bertambah baik.\rSebagai kesimpulan, mengambil kira bacaan teknikal terlebih beli ekstrem, pembetulan pengambilan untung berkemungkinan berlaku minggu ini.\rBagaimanapun, arah aliran yang menunjukkan bacaan bulis, mencadangkan arah aliran menaik jangka panjang.\rParas rintangan semerta bagi KLCI dilihat pada 1,601 mata, manakala rintangan berikutnya dilihat pada 1,628, atau 150 peratus FP.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list