|
BUENOS AIRES: Brazil sekali lagi gagal mempamerkan prestasi sebagai pasukan pilihan Copa America apabila sekadar seri 2-2 ketika menentang Paraguay yang begitu hampir mengejutkan gergasi bola sepak dunia itu.\rPenyerang gantian, Fred menyelamatkan maruah Brazil untuk mengutip satu mata tetapi mereka masih perlu menang ke atas Ecuador pada perlawanan terakhir Kumpulan B jika mahu memastikan laluan selesa ke suku akhir.\r\n\n\n\n\r Berdasarkan prestasi sekarang, Brazil tampak goyah untuk melepasi peringkat kumpulan, malah nasib sama turut menimpa tiga gergasi benua itu termasuk Argentina dan Uruguay yang secara kolektif menjuarai 36 daripada 42 edisi kejohanan.\r\r\n\n\n\n\n Enam perlawanan membabitkan ketiga-tiga pasukan berlangsung dan tidak satu pun memperoleh kemenangan, sebaliknya pasukan kerdil seperti Venezuela kini mendahului Kumpulan B selepas menewaskan Ecuador kelmarin dan mengikat jaguh Samba, Brazil Ahad lalu, mula mengukir nama.\rDengan Peru yang kali terakhir muncul juara pada 1975 dan Chile yang belum pernah menjulang trofi ini, mengungguli kumpulan yang turut dibarisi Uruguay, serta Colombia yang menghalang kemaraan Argentina, kejutan besar dalam sejarah bola sepak Amerika Latin mungkin dapat disaksikan tahun ini. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|