CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

MSL cadang ganjaran ikut mata

[Copy link]
Post time 11-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bonus tambahan untuk pastikan Liga Super lebih rancak, kompetitifBAGI memastikan saingan Liga Super Malaysia (MSL) musim depan lebih rancak dan kompetitif, hadiah kemenangan tidak hanya ditawarkan kepada pasukan yang menduduki tempat pertama hingga ketiga seperti sebelum ini.\rSebaliknya, setiap pasukan bertanding akan mendapat ganjaran berdasarkan jumlah mata yang dikutip sepanjang saingan liga berlangsung.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan itu untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Exco FAM akan datang. \r\r\n\n\n\n\n  “Formula cadangan ini ialah dengan kita menetapkan nilai mata dan sekiranya satu mata misalnya ditetapkan bernilai RM2,000, maka sekiranya sesebuah pasukan itu di akhir saingan mengumpul 30 mata, mereka akan mendapat habuan RM60,000. \r“Jadi, ini secara tidak langsung akan menyaksikan saingan lebih rancak dan sengit kerana setiap pasukan sudah tentu mahu mengutip lebih banyak mata bagi mengumpul lebih banyak ganjaran,” katanya.\rAnnuar bagaimanapun menegaskan, ganjaran bagi pasukan yang menduduki tempat juara dikekalkan RM500,000, diikuti naib juara (RM300,000) dan tempat ketiga (RM200,000).\r“Jadi, ganjaran mata yang diberikan ini adalah bonus tambahan selain memastikan setiap pasukan mendapat ganjaran selepas bertungkus lumus membentuk pasukan masing-masing,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.066348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list