I.Allah saya akan menduduki peperiksaan KPSL Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 29 September 2011 nanti. Saya tidak mempunyai pengalaman untuk menduduki peperiksaan ini. Yang saya tau peperiksaan ini terbahagi kepada 2 bahagian dan perlu dijawab dalam esei. Saya biasa menjawab soalan esei waktu di sekolah dan universiti dulu tapi untuk menjawab soalan esei berkaitan soalan undang-undang ini memang saya tiada pengalaman dan tak tahu langsung. Diharapkan ada threaders yang mempunyai pengalaman boleh memberi TIPS / TEKNIK/ PETUA/ TUNJUK AJAR dalam peperiksaan ini sudi membantu. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.