View: 161|Reply: 0
|
Kos projek MRT diumum Ogos
[Copy link]
|
|
My Rapid Transit dijangka menjimatkanKOS sebenar bagi projek MRT Lembah Klang atau ‘My Rapid Transit’ antara Sungai Buloh dan Kajang akan diumumkan bulan depan, sementara beberapa kontrak dijangka mula dianugerahkan kepada syarikat yang dipilih seawal akhir bulan ini.\rPengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata kos keseluruhan projek itu kini mudah ditentukan kerana jajaran muktamad bagi laluan projek berkenaan sudah ditetapkan.\r\n\n\n\n\r Beliau menjelaskan, jajaran muktamad itu ditetapkan selepas mengambil kira semua maklum balas diterima daripada pameran awam yang berlangsung selama tiga bulan, bermula 14 Februari hingga 14 Mei lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Kos sebenar bagi projek My Rapid Transit akan diumumkan bulan depan dan ia dijangka lebih menjimatkan berikutan beberapa proses pemilikan tanah bagi projek itu dapat diselesaikan dengan jayanya,” katanya selepas pelancaran My Rapid Transit yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Ketua Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Kamal dan Pengarah Urusan Syarikat Prasarana Negara Bhd, Shahril Mokhtar.\rJajaran muktamad itu adalah fasa pertama daripada beberapa laluan pengangkutan awam bertaraf dunia yang sedang diteliti untuk menyokong perkhidmatan laluan rel sedia ada di negara ini.\rLaluan MRT sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang yang akan memiliki 31 stesen itu melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras.\r\n\n\n\n\rApabila siap sepenuhnya pada 2016, ia akan memberi kemudahan kepada lebih 10 juta penumpang di Lembah Klang, dengan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk kawasan itu dijangka beralih menggunakan pengangkutan awam.\rSPAD akan menyelia proses pembinaan projek itu, manakala Prasarana adalah pemilik projek dan asetnya.\rDifahamkan, penjimatan kos itu diperoleh selepas SPAD dan Prasarana memutuskan untuk melencongkan arah laluan MRT daripada laluan awal yang dirangka sebelumnya bagi menyelesaikan beberapa isu berhubung pengambilalihan tanah.\rPenganalisis dan pemerhati pasaran ketika ini menganggarkan kos bagi pembinaan projek itu adalah sekitar RM50 bilion, berbanding jangkaan awal mereka sekitar RM36 bilion.\rKos itu juga belum mengambil kira kos berubah yang lain seperti nilai hartanah dan harga bahan binaan.\rKerja bawah tanah, termasuk terowong adalah bahagian kerja yang paling mahal dalam pembinaan MRT, yang mana ia dianggarkan bernilai antara RM13 bilion hingga RM14 bilion.\rSementara itu, Shahril berkata, pemberian kontrak utama bagi projek MRT itu akan diputuskan sekitar Ogos atau Oktober ini.\r“Anugerah projek untuk kerja sivil pula akan diumumkan sama ada pada akhir bulan ini atau awal bulan depan, manakala bagi kerja bawah tanah, termasuk bahagian kerja pembinaan terowong akan diumumkan sebelum akhir tahun,” katanya sambil menambah beberapa kerja sivil bagi sistem MRT akan bermula menjelang akhir tahun ini.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|