CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 1

George Kent yakin menang bida

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE Kent (Malaysia) Bhd, syarikat kejuruteraan infrastruktur tempatan, yakin memperoleh projek infrastruktur sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang bernilai RM1.5 bilion.\rPengerusinya, Tan Sri Tan Kay Hock, berkata peluang untuk mendapat projek itu menerusi bidaan adalah sangat baik berdasarkan pengalamannya dalam mengendalikan kontrak kerajaan serta keupayaannya menyiapkan projek yang sudah dilaksanakan sebelumnya.\r\n\n\n\n\r“Kami akan menyerah projek Hospital Kuala Lipis di Pahang berharga RM97.75 juta kepada Kementerian Kesihatan dan ia antara beberapa  projek hospital yang sudah siap dan diserahkan mengikut jadual.\r\r\n\n\n\n\n“George Kent hanya menyertai tender yang kami jangka dapat melaksanakannya, justeru kami tidak nampak sebarang perkara negatif untuk tidak memenangi tender ini,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di Petaling Jaya, semalam.\rPrasarana Bhd dijangka mengumumkan syarikat yang akan melaksanakan projek sambungan LRT Ampang, September ini.\rKay Hock berkata, syarikat itu turut mengeluar meter air dan bingkai  meter, sudah memulakan rancangan menaik taraf kemudahan pengeluarannya di Puchong, Selangor dengan kos RM50 juta. \rIa bagi menampung jualan meter yang tinggi dan perniagaan pengeluaran peralatan asli (OEM) susulan kilang sedia ada sudah mencapai kapasiti pengeluaran maksimum.\r\n\n\n\n\rMenerusi peluasan itu, George Kent menyasar untuk menggandakan kapasiti pengeluaran kepada dua juga meter lengkap dan dua juta bahagian loyang bukan meter, setahun.\rKeuntungan sebelum cukai George Kent pada suku pertama berakhir 30 April lalu melonjak kepada RM4.8 juta berbanding RM3.9 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.\rPendapatan kumpulan itu, bagaimanapun susut kepada RM30.7 juta berbanding RM32.5 juta sebelumnya.\rKay Hock berkata, permintaan untuk meter dari Hong Kong, Macau, Asia Barat, Puerto Rico dan Colombia, terus mantap.\r“Syarikat itu sudah menembusi Vietnam dan Laos, yang mana dijangkakan akan mendapat pulangan yang baik,” katanya dan menambah syarikat menjangkakan dapat mengekalkan pertumbuhan selanjutnya. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2012 09:37 AM | Show all posts
Rafizi dakwa George Kent bohong
August 3, 2012

Konsortium tersebut sebenarnya gagal dan hanya mendapat 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan.

PETALING JAYA: Konsortiun George Kent-Lion Pacific didakwa mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kelulusan penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan projek tambahan sistem LRT-Ampang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebaliknya berkata, konsortium tersebut sebenarnya gagal dan hanya mendapat 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan.
Perkara itu didedahkan Rafizi melalui satu salinan surat yang dikemukakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan.

Dalam surat bertarikh 20 Januari itu, Shahril melaporkan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan tersebut, berdasarkan lapan calon pembida, Konsortium George Kent juga didapati tidak memenuhi syarat kontrak, namun membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” (Agreed Disruption Damages) disemak kembali.

Manakala dari segi teknikal, laporan tersebut menyatakan George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal dengan 38.62 daripada 70 markah keseluruhan.

Malah laporan Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Bidaan itu dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara.

“Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, pembohongan yang dibuat Pengarah Eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook ini dibuat dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Malah, katanya ia menghina semua  prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara seolah-olah ia tidak berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

`Lesen besar’

Lebih merunsingkan, katanya ia membayangkan ‘lesen besar’ yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

“Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional (BN) percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan Najib dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak,” katanya.

Disebabkan itu, beliau berkata kemampuan Prasarana kini mungkin diragui bagi memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat Prasarana.

“Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Najib kepada syarikat itu.

“George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih,” katanya.

Cheong dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek tersebut yang bernilai RM1.1 bilion, malah yakin dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan.


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com ... hong/#ixzz22dD5D0bX
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.327386 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list