CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Metropolis 3 kali saiz Singapura

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
2,217km persegi di selatan Johor dibina hotel, hospital,  LegolandSEUMPAMA projek Lego gergasi, Malaysia kini sedang mengumpul dan mengaturkan kepingan zon pelaburannya yang menjadi sebuah metropolis tiga kali saiz Singapura.Kawasan seluas 2,217 kilometer persegi yang diliputi kebanyakannya oleh estet getah dan kelapa sawit di selatan Johor itu kini ditukar menjadi sekolah antarabangsa, hospital, hotel, taman tema, kediaman mewah dan kawasan kewangan. Satu daripada kepingan pembangunan itu adalah taman tema Legoland.\n\n\n\n  Dijadualkan dibuka tahun depan, taman tema itu menawarkan 40 persembahan dan permainan interaktif, bersama-sama 15,000 model bangunan terkenal terdiri daripada lego gergasi. Ia adalah yang pertama daripada tiga taman tema yang dibangunkan di Iskandar Malaysia.\n\n\n\n\n  Dilancarkan pada 4 November 2006, Iskandar adalah satu daripada lima koridor pertumbuhan ekonomi Malaysia yang sedang dibangunkan sehingga ke dekad berikutnya.Ia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang disasarkan untuk mengubah Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dengan menaikkan pendapatan perkapita kepada AS$15,000 daripada AS$6,900 pada 2009.“Buat masa ini, sektor pembuatan menyumbang 70 peratus daripada ekonomi daerah berkenaan,” kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim.“Kita berharap mencapai tahap kematangan pada 2025 dengan sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama.”\n\n\n\nJauh sekali daripada menjadi pesaing Singapura, Iskandar sebaliknya sedang memikat pelaburan dari negara jiran yang kaya itu.Insentif termasuk kelonggaran dalam cukai korporat dan pendapatan, dan pengecualian daripada beberapa peraturan, yang mana pelabur asing dibenarkan menguasai keseluruhan kepentingan dalam perniagaan, dengan pengambilan pekerja asing berpengetahuan tanpa sekatan.Setakat Disember lalu, ia berjaya menarik pelaburan bernilai RM69.43 bilion (AS$23 bilion), yang mana 38 peratus hingga 39 peratus daripadanya sudah direalisasikan , kata Ismail. – REUTERS

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.072287 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list