View: 175|Reply: 0
|
Denda RM2 juta, penjara jika ingkar Akta Persaingan
[Copy link]
|
|
PENGARAH, ketua eksekutif (CEO), pengurus serta setiausaha syarikat akan berdepan tindakan denda sehingga RM2 juta atau hukuman penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah kerana kesalahan di bawah Akta Persaingan yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari, 2012.\rAkta Persaingan itu merujuk kepada larangan anti perjanjian kompetitif dan penyalahgunaan kedudukan utama dalam satu-satu aktiviti komersil yang menjejaskan persaingan di Malaysia.\r\n\n\n\n\r Akta itu yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna dan menggalakkan pembangunan ekonomi, terpakai kepada aktiviti komersial di dalam dan di luar Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n Ia termasuk perjanjian bagi penetapan harga, syarat dagangan serta mengehadkan atau mengawal pengeluaran, akses pasaran, rangkaian dan juga pembangunan teknikal dan teknologi.\rSuruhanjaya Persaingan Malaysia yang dibentuk tahun ini mempunyai kuasa di bawah akta itu untuk menjalankan siasatan bagi kesalahan yang disyaki, membuat serbuan dan mengenakan penalti kewangan.\rRakan kongsi dan Ketua Undang-Undang Persaingan Skrine & Co, Faizah Jamaludin berkata, pengarah, CEO, pengurus dan setiausaha syarikat akan dianggap melakukan kesalahan di bawah akta itu melainkan membuktikan bahawa tindakan dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.\r\"Mereka juga perlu membuktikan telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya dan melaksanakan usaha wajar untuk mengelak daripada melakukan kesalahan itu,\" katanya pada persidangan tahunan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA) di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\r\"Syarikat juga berdepan penalti sehingga RM10 juta bagi kesalahan di bawah akta itu\" katanya.\rBeliau menegaskan perjanjian yang dibuat bertujuan untuk menetapkan harga dan menggunakan kedudukan monopoli juga dikira sebagai kesalahan di bawah akta itu walaupun dibuat secara tidak rasmi atau dibincang secara lisan.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|