CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Negara Palestin boleh cetus perang: Mofaz

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TEL AVIV: Usaha Palestin meminta sokongan dunia bagi membentuk  negara pada September ini boleh membawa kepada perang dengan Israel selain menjejaskan  rantau itu.\rPada satu temu bual, Shaul Mofaz yang mengetuai Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Asing berkata,  beliau akan menggesa  Perancis  tidak menyokong usaha itu apabila melawat Paris mulai semalam.\r\n\n\n\n\r   “Kemungkinan  perisytiharan sebelah pihak boleh membawa penduduk Palestin keluar membantah di jalanan dan ia mungkin membawa konflik,” kata Mofaz, bekas menteri pertahanan yang juga Ahli Parlimen  parti pembangkang, Kadima.\r\r\n\n\n\n\n   “Amat sukar untuk meramalkan apa akan berlaku. Dalam situasi ini, konflik Israel-Palestin boleh membawa kepada realiti teruk,” katanya.\rMofaz, 62, yang juga bekas ketua staf tentera ketika kebangkitan kedua Palestin tercetus pada 2000 dan  berkhidmat sebagai menteri pertahanan di bawah Ariel Sharon, mengetuai  delegasi lima ahli jawatankuasa Parlimen Israel melawat Perancis dan Jerman  tiga hari.\r“Di Perancis, saya akan maklumkan kepada mereka   kami menentang proses sebelah pihak di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menentang sokongan bagi proses unilateral ini,” kata Mofaz yang akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Perancis, Alain Juppe dan rakan sejawatnya di Perhimpunan Kebangsaan dan Senat.\rPalestin merancang untuk mendapatkan pengesahan di Perhimpunan Agung PBB  September ini bagi  negara dalam sempadan yang wujud sebelum Perang Enam Hari pada 1967.    Perancis mungkin mengiktiraf  negeri bebas Palestin jika rundingan damai tidak berlangsung semula sehingga September.\r\n\n\n\n\rJerman seperti  Amerika Syarikat menentang  usaha sebelah pihak dan menerima pendirian Israel bahawa semuanya perlu dibuat melalui rundingan.\rWalaupun Mofaz berkongsi pendirian kerajaan Israel terhadap usaha September itu, beliau mengkritik Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana tidak membentangkan sebarang alternatif.\r“Sebagai pembangkang saya sedih kerana kerajaan Israel tidak mempunyai  rancangan lain untuk diletakkan di meja dan mengatakan ‘ini adalah inisiatif kami’,” katanya. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.219995 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list