CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 1

Sasar 200,000 langgan Instanet

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Produk  dijangka  bantu  Celcom   muncul peneraju utama  jalur lebar mudah alih
CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menyasarkan meraih  200,000 pelanggan menggunakan ‘Instanet’, perkhidmatan jalur lebar mudah alih  prabayar, menjelang akhir tahun ini.



  Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata menerusi perkhidmatan baru itu, Celcom dijangka mampu mencapai sasaran untuk muncul peneraju utama segmen jalur lebar mudah alih dengan peningkatan kepada  1 juta pengguna berbanding 864,000 pada suku keempat lalu.\r\r\n\n\n\n\n  “Celcom kini menguasai 51 peratus dalam pasaran jalur lebar mudah alih seperti dilaporkan pada laporan suku akhir lalu dan dengan pengenalan Instanet diharap dapat mengukuhkan lagi kedudukan kami di tempat pertama penyedia perkhidmatan itu menjelang akhir tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran Instanet di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Ketua Operasi, Data Dimajukan Celcom, Afizulazha Abdullah dan Ketua Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin.\rShazalli berkata, Instanet disasarkan kepada golongan yang menggunakan perkhidmatan internet secara berkala termasuk golongan muda yang baru bekerja, suri rumah, pelancong, pelajar dan ahli perniagaan yang merantau selain pekerja berpendapatan rendah.\r\"Terdapat tiga pelan pilihan iaitu harian, mingguan atau bulanan. Terserah kepada pelanggan untuk memilih pelan yang bersesuaian dan tidak perlu risau dengan bebanan bil kerana mereka membayar apa yang digunakan.\r\n\n\n\n\r\"Selain itu, pelanggan tidak perlu gusar untuk menambah nilai kerana boleh membeli kad tambah nilai yang biasa digunakan untuk membuat panggilan di lebih 11,000 kedai dan peruncit seluruh negara atau secara dalam talian,\" katanya. \rCelcom juga, katanya,  bakal memperkenalkan pendaftaran secara dalam talian menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan itu dengan lebih pantas dan mudah.\rTerdapat dua pakej diperkenalkan iaitu pakej modem berserta pek prabayar dan kad sim pada kadar RM108 atau pek prabayar dan kad sim saja berharga RM12.50 sekali dengan nilai tambah RM10.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 01:37 PM | Show all posts
macam mee segere ??? instant? ahahaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.153076 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list