CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

33,000 askar Amerika pulang

[Copy link]
Post time 24-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perang berlarutan kerana 68,000   tentera terus bertugas di AfghanistanWASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin mengarahkan 33,000 askar untuk kembali ke tanah air dari Afghanistan sehingga musim panas akan datang meskipun 68,000 lagi anggota tentera akan terus bertugas di sana.\rSebagai titik tolak kepada dasar luar negara Amerika, Obama turut mengehadkan sasaran perang Amerika dengan menyebut Washington tidak lagi mahu membina Afghanistan ‘sempurna’ daripada negara yang trauma akibat perang sejak berdekad.\r\n\n\n\n\r   “Bahang perang semakin kurang. Kita sudah buat al-Qaeda semakin menghadapi kekalahan,” kata Obama dalam ucapan 13 minit waktu perdana yang ditujukan kepada rakyat Amerika yang sudah letih menanggung perang negara asing dan turut membebankan ekonomi.\r\r\n\n\n\n\n  “Walaupun ada harinya tidak ceria di Afghanistan, cahaya keamanan boleh dilihat dari jauh. Perang yang lama ini sudah tiba kepada penghujungnya,” kata Obama.\rPresiden turut menyifatkan yang pasukan tentera Amerika sudah melakukan kejayaan besar terhadap objektif dalam peningkatan strategi tentera yang diarahkan pada Disember 2009 dengan menterbalikkan kepantasan Taliban, menghancurkan al Qaeda dan melatih pasukan tentera baru Afghan.\rBagaimanapun, beliau berkeras menolak rayuan daripada Pentagon untuk melambatkan pengunduran tentera untuk memastikan keselamatan terhadap Taliban dan keputusannya akan dilihat sebagai kekalahan politik bagi komander Amerika di Afghanistan, Jeneral David Petraeus.\rObama berkata, beliau akan menunaikan seperti   dijanjikan memulakan pengunduran tentera Julai ini dan beliau memberi komitmen 10,000 daripada lebih 30,000 tentera yang terbabit dengan konflik itu akan dibawa pulang tahun ini.\r\n\n\n\n\rSeramai   23,000 tentera akan dihantar pulang musim panas akan datang dan lebih banyak yang bakal diumumkan, penghantaran pulang akan diteruskan sehingga pasukan tentera Afghan memikul tanggungjawab keselamatan pada 2014.\r“Ini adalah permulaan, tetapi bukan pengakhiran   usaha kita   mengurangkan perang,” kata Obama. \rLebih 1,600 tentera Amerika mati di Afghanistan sejak pencerobohan sejak serangan 11 September termasuk 187 menemui ajal tahun ini saja.\rPegawai Pentagon berkata, ketika mengarahkan pengunduran itu, Obama menyerahkan kepada pemimpin kanan tentera untuk memutuskan detik pengunduran dan unit yang akan dibawa pulang.\rSeorang pegawai kanan berkata, pengunduran itu   bermula bulan depan tetapi langkah awal membabitkan kumpulan kecil dan tidak membabitkan unit tempur. – AFP/Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.677501 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list