View: 129|Reply: 0
|
Itali desak Nato henti serang
[Copy link]
|
|
Kemusnahan di Libya tak gugat tindakan tentera setia kepada GaddafiROME: Itali semalam mendesak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menghentikan serangan udara terhadap Libya, dalam perkembangan dilihat menunjukkan tanda keretakan dalam pakatan 28 negara berkenaan selepas kematian orang awam meningkat dan Muammar Gaddafi tidak menunjukkan sebarang petunjuk untuk berundur.\r“Kami sudah pun melihat kesan krisis ini dan juga kesan serangan Nato bukan saja di timur dan barat daya Libya, tetapi juga Tripoli,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini ketika berucap pada satu mesyuarat jawatankuasa Parlimen.\r\n\n\n\n\r“Saya percaya penggantungan segera serangan di atas alasan kemanusiaan diperlukan bagi memberi peluang bantuan diberikan, manakala rundingan diteruskan untuk diadakan gencatan senjata ke arah mencari penyelesaian damai,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n“Saya berpendapat perkara ini perlu segera dilaksanakan,” kata Frattini.\r“Saya berasa agak tepat untuk meminta Nato memberi penjelasan terperinci berhubung hasil serangannya.”\rBeliau mengecam kesilapan menyerang orang awam sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan bukan matlamat Nato.\rPerancis mengetuai operasi Nato itu yang dilaksanakan di bawah mandat resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membendung tentera setia kepada Gaddafi daripada menyerang orang awam.\rMenjawab desakan Itali itu, jurucakap Menteri Luar Perancis, Bernard Valero pula berkata: “Pakatan dan negara yang terbabit dalam pertemuan di Abu Dhabi dua minggu lalu menyetujui sebulat suara berhubung strategi untuk terus mengenakan tekanan terhadap Gaddafi.”\r“Sebarang penggantungan operasi mengundang risiko untuk memberi masa kepada Gaddafi mengukuhkan semula kedudukannya. Akhirnya, penduduk awam juga akan menjadi mangsa,” katanya.\rWalaupun Nato meminta ahlinya bersatu dalam isu Libya, beberapa kejadian membayangkan keretakan sudah mula berlaku dengan Norway baru-baru ini memutuskan untuk menarik dari daripada operasi terhadap negara Arab-Afrika itu.\rNato mengaku melakukan kesilapan dalam serangannya minggu lalu apabila 24 orang awam terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dalam satu misi pengeboman terhadap Libya.\rPada 1 Jun lepas, Nato memutuskan untuk melanjutkan misinya terhadap Libya kepada tiga bulan lagi sehingga akhir September. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|