View: 170|Reply: 0
|
‘Agrobank tak tolak jika projek syarikat berdaya maju’
[Copy link]
|
|
JIKA sesebuah syarikat itu mempunyai rancangan perniagaan yang tersusun serta berdaya maju, tidak ada sebab bagi mereka untuk gagal mendapatkan pinjaman daripada Agrobank, kata Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said.\r“Mungkin banyak usahawan atau syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di luar sana, mengadu susah memperoleh pinjaman daripada Agrobank, namun realitinya bukan begitu.\r\n\n\n\n\r “Ia mungkin susah bagi yang tidak serius membuat projek, tetapi bagi yang benar-benar serius dalam melaksanakan projek dan memiliki rancangan perniagaan rapi dan tersusun, ia bukan satu masalah.\r\r\n\n\n\n\n “Agrobank tidak akan meluluskan pinjaman kepada mana-mana pihak yang tidak serius menjalankan perniagaan atau hanya merancang mendapatkan wang secara mudah untuk kegunaan peribadi,” katanya kepada media selepas majlis cabutan Kempen Berbaloi Agrobank di Kuala Lumpur semalam. \rBeliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan segelintir pihak bahawa mereka berdepan dengan kesukaran memohon pinjaman daripada Agrobank bagi mendapatkan modal menjalankan perniagaan dalam bidang pertanian serta industri asas tani.\rAhmad menegaskan, Agrobank tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak berhasrat menyalahgunakan pinjaman yang diperoleh daripada bank itu.\r“Sebab itu, kalau Agrobank menilai (sesuatu permohonan pinjaman), kami akan menilainya dengan cara profesional bagi menentukan bahawa akhirnya projek yang akan diberikan modal itu akan berjaya.\r\n\n\n\n\r“Jika kami dapati projek itu tidak berdaya maju, Agrobank akan menolaknya kerana kalau kita bagi pun, ia akan menyusahkan peminjam itu sendiri. Itu bukanlah matlamat kami kerana apa yang kami inginkan adalah untuk bersama-sama berjaya,” jelasnya sambil menambah bank itu menerima sekitar 30 aduan sebulan, sama ada secara bersurat, lisan atau pun menerusi e-mel.\rAhmad berkata, Agrobank komited menyalurkan pinjaman sehingga RM1.2 bilion tahun ini kepada usahawan dan PKS yang benar-benar serius ingin menjalankan.\rMengenai kempen terbaru Agrobank itu, Ahmad berkata, kempen bermula 1 Mei lalu dan berakhir 31 Oktober ini, dijangka mampu menambah jumlah deposit bank itu sebanyak RM171 juta.\r“Setiap pembukaan akaun baru atau peningkatan akaun sedia ada sebanyak RM500 layak menyertai kempen menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|