View: 182|Reply: 0
|
Tentera Seoul minta maaf
[Copy link]
|
|
Askar tersilap tembak jet penumpangSEOUL: Tentera Korea Selatan semalam memohon maaf kepada penduduk negara itu mengenai tindakan dua anggota marin menembak kapal terbang awam kerana tersilap menyangka ia pesawat perang Korea Utara.\r“Tentera dengan ikhlas memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana menyebabkan kebimbangan berikutan insiden terbabit,” kata Kolonel Lee Bung-woo, jurucakap Ketua Turus Bersama.\r\n\n\n\n\r Lee bagaimanapun percaya anggota tentera itu tidak akan dikritik kerana tindakan mereka selaras dengan peraturan, lapor Yonhap.\r\r\n\n\n\n\n Ketika ketegangan kian meningkat di sempadan, anggota tentera laut yang mengawal sebuah pulau berhampiran sempadan Laut Kuning melepaskan tembakan menggunakan senjata K-2 ke arah sebuah pesawat Airbus A321 milik Asiana Airlines yang terbang dalam keadaan berkabus ketika itu.\rPesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bagaimanapun tidak terkena tembakan dan tidak rosak.\rLee berkata, mereka melepaskan 99 tembakan ke arah pesawat itu selama empat minit sebaik melaporkannya kepada ketua platun.\rKetua platun kemudian melaporkan insiden itu kepada Pusat Laporan dan Kawalan Utama (MCRC) Tentera Udara yang mengambil masa 20 minit memaklumkan pos pengawal terbabit pesawat itu adalah pesawat awam.\r\n\n\n\n\rPesawat membawa 119 penumpang dilaporkan mengikut laluan biasa dari Chengdu, kata syarikat penerbangan terbabit. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|