View: 161|Reply: 0
|
McIlroy ungguli Terbuka AS
[Copy link]
|
|
Pemain Ireland Utara catat sejarah dinobat juara termuda kejohananBETHESDA (Maryland): Rory McIlroy menjuarai kejohanan golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kelebihan lapan pukulan yang juga satu catatan rekod baru, mengesahkan potensinya sebagai pemain golf hebat dengan menjadi juara termuda kejohanan sejak 1923. \rMendahului lapan pukulan menuju ke pusingan akhir, pemain Ireland Utara berusia 22 tahun itu mengekalkan ketenangan ketika mencatat 2 bawah par 69 dalam keadaan cuaca lembap di Congressional Country Club untuk meraih kejuaraan utama pertama buat dirinya.\r\n\n\n\n\r “Ini suatu perasaan yang hebat,” kata McIlroy dengan nada gembira selepas mencatat rekod kejohanan dengan catatan keseluruhan 16 bawah 268 untuk jauh meninggalkan pencabar terdekat.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tahu sebahagian besar pesaing sukar untuk mengejar catatan saya itu, maka saya sangat gembira menjuarai Terbuka AS ini, malahan bagus juga kerana memenanginya dengan agak bergaya seperti ini.”\rPemain sedang meningkat dari Australia, Jason Day melakukan 68 pukulan untuk berseorangan menduduki tempat kedua, dua pukulan di depan pemain Korea Selatan, Yang Yong-eun (71), Lee Westwood dari Britain (70) dan pemain Amerika Kevin Chappell (66) serta Robert Garrigus (70). \rMcIlroy yang sudah lama dianggap calon pemain nombor satu dunia pada masa depan, memadam catatan rekod Terbuka AS 12 bawah par yang dilakukan Tiger Woods pada 2000 dan turut menenggelamkan catatan agregat terendah 272 pukulan yang dipegang bersama Woods, Jack Nicklaus, Lee Janzen dan Jim Furyk. \r“Bagus memenangi kejuaraan utama pertama ini... terutama selepas apa yang berlaku pada beberapa bukan kebelakangan,” kata pemain berambut kerinting yang menebus kekecewaan kekalahannya di Masters, April lalu. – Reuters\r\n\n\n\n \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|