CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Analisis Saham: Hong Leong Bank Bhd

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
HONG Leong Bank Bhd (HLBK) menyediakan perkhidmatan perbankan komersial dan kewangan merangkumi pajakan dan sewa beli, penama, perbankan Islam dan pengurusan saham amanah.\rPemegang saham majoritinya adalah Hong Leong Financial Group (61.3 peratus) dan KWSP (10.8 peratus).\r\n\n\n\n\r  Sepanjang beberapa tahun lalu, HLBK mencatatkan keuntungan operasi lembap dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) 2.8 peratus.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun,  HLBK kini  memasuki era baru dengan pengambilan aset EON Capital yang memiliki EON Bank.\rBerikutan itu, Maybank IB Research dalam nota penyelidikan pada 13 Jun 2011 memulakan pemantauannya terhadap prestasi saham HLBK dengan saranan ‘Pegang’ dan meletakkan harga sasaran pada RM14.10 sesaham.\r“Dengan penggabungan itu, nisbah pinjaman kepada deposit HLBK naik daripada nisbah purata 56 peratus kepada kadar  lebih selesa pada 70 peratus berbanding nisbah purata industri  82 peratus.\r“Pengambilalihan itu akan melonjakkan HLBK daripada kedudukan keenam kepada  keempat berdasarkan saiz aset keseluruhan. Gandingan itu  mempunyai kombinasi aset RM145 bilion pada akhir Mac, meningkat 59 peratus berbanding RM91 bilion saiz aset HLBK sebelumnya,”   kata firma berkenaan.\r\n\n\n\n\rBerbanding industri secara keseluruhannya, HLBK akan memiliki pegangan pasaran lebih besar sebanyak 9.1 peratus jumlah aset, 8.7 peratus daripada jumlah pinjaman dan 9.7 peratus daripada jumlah deposit daripada pelanggan, katanya.\r“Apabila selesai proses penggabungan terbabit, HLBK akan memiliki sembilan peratus penguasaan dalam pasaran pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meletakkannya pada kedudukan ketiga selepas Public Bank (21 peratus) dan Maybank (11 peratus).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 1.025536 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list