CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

McIlroy terus gah dahului Terbuka AS

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Catat 66 pukulan lima bawah par,   lima birdie,  satu eagle\rBETHESDA (Maryland): Rory McIlroy terus mengekalkan rentak cemerlang dalam Terbuka Amerika Syarikat apabila mencatat 66 pukulan lima bawah par, membenam lima birdie dan satu eagle bagi catatan terendah 36 pukulan dalam sejarah kejohanan walaupun menamatkan saingan dengan double bogey, kelmarin.\r\n\n\n\n\r  Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain pertama yang mencatat 13 bawah par pada sebarang peringkat dalam sejarah Terbuka AS dengan birdie pada lubang ke 16 dan 17 tetapi pukulan keduanya pada lubang ke-18 tersasar menemui kolam yang menafikannya mengukir sejarah yang lebih gemilang.\r\r\n\n\n\n\n  McIlroy menamatkan saingan 36 lubang di Congressional Country Club dengan mencatat 11 bawah par 131, dan memiliki kelebihan lapan pukulan ke atas pencabar terdekat Yang Yong-Eun dari Korea Selatan yang belum beraksi di pusingan kedua.\r“Saya perlu mengekalkan rentak ini untuk beberapa hari akan datang,” kata McIlroy. “Saya sudah sampai separuh, tetapi perjalanan masih lagi  jauh.” \rSentuhan gemilang McIlroy, dalam usahanya memburu kejuaraan sulung pada usia 22 tahun, apabila dia berjaya melakukan eagle di lubang kelapan par-4, dengan melakukan pukulan sejauh 113 meter dan terus memasuki lubang.\rMcIlroy memecahkan rekod Terbuka AS apabila mencatat 13 bawah par, satu pukulan lebih baik daripada rekod lama Gil Morgan pada 1992 dan disamakan Tiger Woods pada 2000. Dia juga menjadi pemain yang terpantas dalam sejarah Terbuka Amerika Syarikat mencatat 10 bawah par dengan hanya memerlukan 26 lubang. - AFP\r\n\n\n\n\rKEPUTUSAN\rPusingan kedua Terbuka AS\r131 - Rory McIlroy (Britain) 65 66 \r140 - Robert Garrigus 70 70, Sergio Garcia (Sepanyol) 69 71, Zach Johnson 71 69, Brandt Snedeker 70 70 \r141 - Kim Kyung-tae (Korea S) 69 72, Alvaro Quiros (Sepanyol) 70 71, Robert Rock (Britain) 70 71 \r142 - Patrick Cantlay 75 67, John Senden (Australia) 70 72, Noh Seung-yul (Korea S) 72 70, Charl Schwartzel (Afrika Sel) 68 74, Alexander Noren (Sweden) 75 67\r143 - Bo Van Pelt 76 67, Peter Hanson (Sweden) 72 71, Phil Mickelson 74 69, Kevin Chappell 76 67\r144 - Steve Stricker 75 69, Edoardo Molinari (Itali) 74 70, Kim Do-hoon (Korea S) 73 71  \r145 - Alexandre Rocha (Brazil) 69 76, Michael Putnam 74 71, Todd Hamilton 73 72, Lucas Glover 76 69, Rory Sabbatini (Afrika Sel) 72 73, Charley Hoffman 71 74  \r146 - Retief Goosen (Afrika Sel) 73 73, Matteo Manassero (Itali) 74 72, Dustin Johnson 75 71, Kenichi Kuboya (Jepun) 73 73, Bae Sang-moon (South Korea) 75 71, Wes Heffernan (Kanada) 75 71

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042287 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list