View: 133|Reply: 0
|
Pemimpin MOM janji cari bakat akar umbi
[Copy link]
|
|
DIBARISI majoriti ‘muka lama’, pemilihan mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-30 semalam menyaksikan tiga muka baru dalam barisan kepimpinan MOM.\rPertandingan tujuh penjuru bagi merebut empat jawatan naib presiden menyaksikan Timbalan Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim memperoleh undian tertinggi dengan 61 undi dan juga Datuk Danyal Balagopal Abdullah (44 undi) sebagai muka baru yang memegang jawatan itu bersama-sama Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad (58 undi) dan Datuk Roy Rajasingham (47 undi) yang mempertahankan jawatan itu.\r\n\n\n\n\r Antara nama yang disebut menjadi pilihan - Ketua Kontinjen Sukan Komanwel 2010, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib yang juga Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), penyandang jawatan naib presiden, Prof Datuk W Y Chin dan juga naib presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Maijol Mahap - bagaimanapun tewas dalam pemilihan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Biarpun mereka ini adalah ‘muka baru’ dalam MOM, tetapi kesemua mereka mempunyai pengalaman luas dalam sukan. Saya gembira dengan barisan kepimpinan ini yang akan bersama dalam tempoh dua tahun ini,” kata Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar yang menang tanpa bertanding.\rDanyal pula berkata biarpun sebelum ini meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) pada 2006, dia dia tidak pernah meninggalkan dunia sukan sepenuhnya kerana cintanya terhadap bidang itu.\r“Misi saya selepas ini mahu memberikan tumpuan kepada pembangunan peringkat akar umbi... saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan KOAM kerana bagi saya olahraga, renang dan gimnastik adalah tiga sukan teras yang penting,” kata Danyal yang aktif dalam membantu pembangunan sukan ragbi biarpun tidak memegang sebarang jawatan selepas 2006.\rSementara itu, seorang lagi muka baru, T Kumar memperoleh 45 undi bagi mengetepikan penyandang, Ramlay Ibrahim (35 undi) bagi jawatan penolong setiausaha kehormat sekali gus muncul pemegang jawatan MOM termuda.\r\n\n\n\n\rINFO\rPemegang jawatan MOM 2011/2013\rPresiden: Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar\rTimbalan Presiden: Datuk A Sani Karim\rNaib Presiden:\r1. Low Beng Choo\r2. Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad\r3. Datuk Roy Rajasingham\r4. Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim\r5. Datuk Danyal Balagopal Abdullah\rSetiausaha Kehormat: Datuk Sieh Kok Chi\rPenolong Setiausaha Kehormat: \r1. T Kumar\r2. Moira Tan \rBendahari Kehormat: Yong Choo Kong\rPenolong Bendahari Kehormat: Rosmanizam Abdullah
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|