View: 159|Reply: 0
|
Pemborong minta kurang duti import bahan binaan
[Copy link]
|
|
PERSATUAN Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) meminta kerajaan meliberalisasikan duti import bahan binaan dan peralatan berikutan kadar yang ditetapkan antara 25 peratus hingga 30 peratus dianggap tinggi dan membebankan sekali gus mendorong kenaikan kos pembangunan infrastruktur sehingga 10 peratus tahun ini.\rPresidennya, Kwan Foh Kwai, berkata kadar yang ditetapkan kerajaan itu adalah tinggi berbanding negara ASEAN lain yang kini mengenakan duti import pada purata bawah 10 peratus bagi bahan binaan dan peralatan.\r\n\n\n\n\r Lebih membebankan, katanya, MBAM tidak dapat menaikkan yuran pembinaan ekoran kenaikan ke atas duti import dan kadar inflasi memandangkan pihaknya sebelum ini sudah menandatangani kontrak harga tetap dengan pemaju hartanah dan kerajaan. \r\r\n\n\n\n\n “Dengan kadar duti import yang tinggi, ia bukan saja meningkatkan kos binaan, malah ia berkemungkinan akan meningkatkan risiko kelewatan dan kegagalan projek jika gagal diatasi oleh syarikat pembinaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan dialog bersama ahli gabungan MBAM di Petaling Jaya, semalam.\rDialog terbabit antara lain membincangkan perkara berbangkit dalam industri pembinaan termasuk kekurangan tenaga kerja dan isu insurans perubatan pekerja yang menghimpit pemain industri di negara ini.\rDifahamkan, hasil dan cadangan yang terbentuk menerusi dialog itu akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh sebulan untuk dipertimbangkan.\rMengulas perbincangan dengan kerajaan berhubung isu duti import sebelum ini, Foh Kwai berkata, ia dijalankan sejak sejak 10 tahun lalu, namun hanya simen dan bahan keluli dikecualikan daripada duti terbabit.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|