CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

TNB Remaco sasar kontrak luar lonjak pendapatan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco), anak syarikat  milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang baru memperoleh kontrak mengendali kompleks kuasa hidroelektrik Pakistan bernilai AS$14.09 juta (RM43.19 juta) mensasarkan operasi luar negaranya akan menyumbang 40 peratus kepada pendapatannya menjelang 2015 daripada 10 peratus kini.\rPengerusi dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata TNB Remaco kini   meninjau peluang untuk memperluaskan operasinya di rantau Asia Tenggara dan Asia Barat.\r\n\n\n\n\r   Katanya, syarikat itu juga pernah melaksanakan beberapa kontrak di Yaman sebelum ketegangan politik melanda negara itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Kini kita   mengintai peluang penerokaan projek di Indonesia dan  kerja penyelenggaraan di Brunei pula,” katanya kepada media selepas majlis memeterai perjanjian operasi dan penyelenggaraan antara TNB Remaco dengan Laraib Energy Limited di sini, semalam.\rPada majlis itu, TNB Remaco diwakili Che Khalib, manakala Laraib Energy Pengerusinya Vince Harris yang juga Ketua Eksekutif Hub Power Company. \rIa disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Badaruddin Mahyudin.\rMengenai perjanjian itu, Che Khalib yang juga Pengerusi TNB Remaco berkata, anak syarikat milik penuh TNB itu akan menawarkan pakar teknikal yang berpengalaman untuk mengendalikan  kompleks kuasa hidroelektrik New Bong Escape berkapasiti 84 megawatt (MW) yang terletak di Sungai Jhelum di Azad Jammu dan Kashmir selama lima tahun dengan pilihan untuk tambahan tujuh tahun selepas itu.\rBeliau menjelaskan perjanjian itu juga adalah kerjasama kali kedua antara TNB Remaco dengan Hub Power Company, pemegang  saham utama Laraib Energy selepas perjanjian  operasi dan penyelenggaraan loji tenaga 213.6 megawatt diesel dan jana kuasa bersama di Punjab, yang dimeterai pada Februari 2010.\rBeliau berkata, melalui perjanjian terbaru itu akan mengukuhkan reputasi TNB Remaco sebagai penyedia perkhidmatan sehenti untuk kerja  berkaitan tenaga dan menjadikannya sebagai pusat pembaikan serantau seiring   hasrat TNB menjadi jenama global.\rMengenai rundingan  perjanjian antara kerajaan dan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Che Khalib berkata rundingan itu berjalan lancar dan pihaknya yakin rundingan itu mencapai hasil yang positif dan baik untuk semua pihak. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:00 PM GMT+8 , Processed in 2.053577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list