View: 125|Reply: 0
|
Murray yakin tawan Wimbledon
[Copy link]
|
|
Mahu bangkit selepas 3 kekalahan memeritkan pada tiga final Grand Slam\rLONDON: Andy Murray kini mengalih tumpuan untuk menjuarai kejohanan tenis Wimbledon selepas tampil memenangi Kejuaraan Queens kedua hasil kemenangan 3-6, 7-6 (7/2), 6-4 ke atas Jo-Wilfried Tsonga, kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Saya akan ke Wimbledon dengan merasakan saya bakal memenangi kejohanan. Saya tidak fikir anda boleh menyertainya dengan mempunyai sikap berlainan,” kata Murray.\r\r\n\n\n\n\n “Saya merasakan seperti saya bermain tenis dengan bagus tetapi saya perlu meningkat minggu depan kerana saya perlu berada pada prestasi terbaik sepanjang kejohanan untuk memenanginya.\r“Saya akan berubah daripada perlawanan pertama. Saya benar-benar tidak sabar menghadapi cabaran kerana Wimbledon adalah satu daripada kejohanan paling penting tahun ini, jika tidak pun yang terpenting.”\rMurray menjadi pemain Britain pertama dalam tempoh 97 tahun memenangi kejohanan pemanas badan sebelum Wimbledon itu sebanyak dua kali hasil kebangkitan menakjubkan menentang Tsonga dan pemain nombor empat dunia itu akan menjadi antara pilihan apabila kejohanan di Kelab All England bermula minggu depan.\rPemain berusia 24 tahun itu telah mengharungi tiga kekalahan memeritkan pada tiga final Grand Slam, termasuk Terbuka Australia tahun ini, tetapi yakin dia kini berada dalam prestasi sempurna untuk menamatkan penantian panjang untuk memenangi kejohanan utama.\r\n\n\n\n\r“Saya akan ke Wimbledon dengan merasakan saya bakal memenangi kejohanan. Saya tidak fikir anda boleh menyertainya dengan mempunyai sikap berlainan,” kata Murray.\r“Saya merasakan seperti saya bermain tenis dengan bagus tetapi saya perlu meningkat minggu depan kerana saya perlu berada pada prestasi terbaik sepanjang kejohanan untuk memenanginya.\r“Saya akan berubah daripada perlawanan pertama. Saya benar-benar tidak sabar untuk menghadapi cabaran kerana Wimbledon adalah satu daripada kejohanan paling penting tahun ini, kalaupun bukan yang terpenting.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|