CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Sime Darby buka 2 pusat pakar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SIME Darby Healthcare Sdn Bhd menyasarkan segmen pelancongan perubatan bakal menyumbang sebanyak 20 peratus kepada pendapatannya dalam tempoh lima tahun akan datang daripada kira-kira lima peratus ketika ini dengan pembukaan dua pusat perubatan pakar barunya, Sime Darby Medical Centre Ara Damansara (SDMC AD) dan Sime Darby Medical Centre ParkCity (SDMC ParkCity).\rPengarah Urusannya, Raja Azlan Shah Raja Azwa berkata, pihaknya menjangkakan pendapatan syarikat itu akan mencecah RM700 juta dalam tempoh lima tahun akan datang daripada RM300 juta ketika ini dibantu peningkatan segmen pelancongan perubatan itu.\r\n\n\n\n\rBeliau menjelaskan, penubuhan kedua-dua pusat perubatan pakar itu membabitkan pelaburan berjumlah RM280 juta dan dijangka mewujudkan 1,539 peluang pekerjaan baru menjelang 2020 dengan sumbangan pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM180 juta.\r\r\n\n\n\n\n“Pelaburan bagi kedua-dua hospital itu telah dikenal pasti sebagai sebahagian daripada Projek Permulaan (EPP) 4 di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman prestasi terkini ETP ke-enam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.\rRaja Azlan Shah menjelaskan SDMC AD akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini dengan 220 katil manakala SDMC ParkCity akan beroperasi pada suku ketiga tahun depan dengan 300 katil.\rBeliau menjelaskan, SDMC AD akan menawarkan rawatan untuk sakit jantung, otak, sendi dan tulang belakang  dan akan mempunyai tiga pusat kecemerlangan iaitu pusat otak, pusat jantung dan pusat sendi dan tulang belakang.\rBeliau berharap dengan adanya ketiga-tiga pusat kecemerlangan itu, ia akan menarik lebih ramai pesakit luar negara mendapatkan rawatan di negara ini.\r\n\n\n\n\rBagi SDMC ParkCity pula, Raja Azlan Shah menjelaskan pusat perubatan pakar itu akan menawarkan rawatan perubatan wanita dan kanak-kanak dengan tumpuan kepada tumor payu dara, perkembangan kanak-kanak dan rawatan sakit kronik seperti kencing manis.\rBeliau menjelaskan pihaknya akan menguruskan hospital berkenaan melalui pajakan selama 20 tahun daripada pemiliknya Perdana Parkcity.\rKatanya, apabila kedua-dua hospital itu beroperasi nanti, jumlah pesakit luar yang akan dikendalikan kumpulan itu akan meningkat kepada kira-kira 900,000 orang setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding 500,000 orang setahun ketika ini.\rRaja Azlan Shah berkata, pihaknya juga akan memperkenalkan beberapa inovasi baru bagi mempercepatkan proses kemasukan pesakit dan mengurangkan waktu menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.500217 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list