CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Shearer hairan Capello kekal

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pengendali berbangsa Itali dikatakan gagal bawa England ke tahap membanggakan\rLONDON: Lagenda bola sepak England, Alan Shearer melontarkan \'bom\' ke kepada Fabio Capello apabila menyuarakan mana-mana negara kuasa utama bola sepak dunia akan memecat jurulatih seperti itu selepas Piala Dunia.  \r\n\n\n\n\rPenyerang itu berkata: \"Capello seorang pengurus yang hebat apabila tiba di negara ini, tetapi dia tidak bekerja sepenuhnya untuk England.\r\r\n\n\n\n\n\"Dalam tugas ini, anda diadili dan dinilai dalam kejohanan utama dan kejohanan utama adalah di Afrika Selatan (Piala Dunia 2010) dan kami gagal menyinar di sana. Semua orang bersetuju mengenainya.\r\"Saya fikir jika negara kuasa utama lain mempamerkan prestasi seperti kami, dia sudah pasti dipecat.\"\rTetapi Shearer berkata seluruh negara kini harus berada di belakang Capello ketika England cuba me-layakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012. \rDia menambah: \"Apa yang pasti anda tidak boleh memecatnya sekarang. Kami pasti layak, saya cukup yakin.\"\rJelas pencapaian Capello tetap menjadi bahan bicara dan juga sering dikritik. Baru-baru ini, dia berkata faktor keletihan adalah antara punca mereka seri 2-2 ketika menentang Switzerland dalam sai璶gan kelayakan Euro 2012 di Wembley.\rTapi, ada pengkritik berkata pengendali berbangsa Itali itu lebih suka memberi alasan daripada menyoal sendiri apakah dia menggunakan taktik bijak. - Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.525218 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list