CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Saham mewah pengaruhi pasaran

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Harga saham FBM KLCI turun 0.9 mata untuk ditutup kepada 1,550.89HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan penurunan dalam saham mewah terpilih sejajar prestasi bursa serantau susulan sentimen lemah di pasaran Amerika Syarikat (AS), kata peniaga. \rFTSE Bursa Malaysia KLCI turun 0.9 mata untuk ditutup kepada 1,550.89, selepas mencecah paras tertinggi 1,555.49 dalam dagangan cergas semalam. \r\n\n\n\n\rHwangDBS Vickers Research, dalam nota penyelidikannya semalam mengunjurkan dagangan kecil di tengahtengah kekurangan berita positif bagi merangsang sentimen.\r\r\n\n\n\n\n“Di pasaran luar, petunjuk pasaran utama AS turun bagi enam hari berturut-turut antara 0.2 dan satu peratus apabila sentimen pelabur dipengaruhi oleh kebimbangan pertumbuhan ekonomi yang perlahan,” kata firma penyelidikan itu.\rIndeks Kewangan meningkat 9.62 mata kepada 14,590.94, Indeks Perladangan menokok 10.10 mata kepada 7,873.22 dan Indeks Perusahaan naik 0.69 mata kepada 2,747.97. Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia meningkat 0.72 mata kepada 10,680.67 dan Indeks Ace naik 7.49 mata kepada 4,251.73.\rKaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 374 berbanding 330, manakala 347 kaunter tidak berubah dan 405 yang lain tidak diniagakan. \rJumlah dagangan turun kepada 697.436 juta saham bernilai RM1.362 bilion daripada 852.144 juta saham bernilai RM1.636 bilion, kelmarin.\r\n\n\n\n\rDi kalangan saham cergas, MAA Holdings berkurangan 27 sen kepada RM1.11 dan Asia Media Group susut 1.5 sen kepada 27 sen. Bagaimanapun, Focus Dynamics Technologies, tidak berubah pada lapan sen.\rBagi saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.77, Maxis tidak berubah pada RM5.46 dan Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM6.97.\rTenaga turun sembilan sen kepada RM6.80, RHB Capital turun empat sen kepada RM9.90 dan Axiata berkurangan satu sen kepada RM4.86.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 520.22 juta saham bernilai RM1.334 bilion daripada 602.759 juta saham bernilai RM1.599 bilion, kelmarin.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 129.419 juta unit bernilai RM17.906 juta daripada 188.493 juta unit bernilai RM23.419 juta, kelmarin.\rWaran turun kepada 45.465 juta saham bernilai RM9.31 juta daripada 58.741 juta saham bernilai RM12.566 juta sebelumnya.\rBarangan pengguna menyumbang 20.121 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 91.181 juta, pembinaan 28.532 juta, dagangan dan perkhidmatan 174.103 juta, teknologi 11.778 juta, prasarana 7.659 juta, kewangan 120.429 juta, hotel 377,000, harta 45.602 juta, perladangan 17.330 juta, perlombongan 23,700, REITs 3.011 juta dan dana tertutup 73,900. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.045693 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list