CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Sukuk global lepasi paras RM402.7 bilion

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TERBITAN sukuk global kini sudah melepasi paras AS$134 bilion (RM402.7 bilion) dan Malaysia menerajuinya dengan penguasaan 65 peratus, diikuti negara Asia Barat 26 peratus bahagian pasaran.  \rMengulas aliran bank dan pasaran modal Islam khususnya sukuk yang semakin berkembang, Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Dr Halim Alamsyah, berkata pasaran ini juga semakin berkembang di negara Asia.  \r\n\n\n\n\r“Bagaimanapun, pasaran sukuk dunia dikuasai sukuk tempoh matang jangka pendek iaitu 55 peratus, manakala sukuk tempoh matang jangka panjang contohnya lebih dari 10 tahun, hanyalah 20 peratus,” katanya dalam ucaptamanya pada Persidangan Perbankan Islam Dunia Tahunan Kedua di Singapura, semalam. \r\r\n\n\n\n\nHalim berkata, pasaran sukuk Indonesia juga berkembang maju dengan nilai berjumlah AS$6.2 bilion setakat Mei 2011 dan mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 9.3 peratus pada 2010.\rBeliau juga yakin sukuk akan berkembang memandangkan kemampuannya untuk dimajukan menjadi pelbagai bentuk kontrak dengan ciri-ciri menarik yang menawarkan mudah tunai dan pulangan berdaya saing. \rSelain itu, kewujudan lebihan mudah tunai daripada lebihan simpanan di Asia dan pendapatan daripada minyak, negara di Asia Barat menawarkan potensi permintaan bagi sukuk. \rKatanya, peluang itu boleh digunakan kerajaan atau  swasta untuk menerbitkan sukuk sebagai sumber pembiayaan alternatif. \r\n\n\n\n\rHalim berkata, kewangan Islam mengalami pertumbuhan mengagumkan dalam tiga dekad kebelakangan ini.\r“Daripada jumlah aset bernilai hanya AS$137 bilion pada 1996, ia berkembang hingga mencecah AS$895 bilion pada 2010.\r“Dalam masa terdekat, ia dijangka mencapai AS$5 trilion. Dengan perkembangan yang progresif, pasti memerlukan komitmen selanjutnya,  di kalangan negara yang mempunyai industri kewangan Islam untuk mengekalkan dan memupuk pertumbuhan mampan masing-masing,” katanya. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 1.228480 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list