View: 150|Reply: 0
|
Jualan produk AS dijangka susut RM51b
[Copy link]
|
|
Aktiviti penyumberan luar punca pengeluaran PC merosotFIRMA elektronik Amerika yang beroperasi di Malaysia menjangka jualan eksport produk itu akan menyusut 1.5 peratus tahun ini kepada RM51 bilion berbanding RM51.8 bilion yang dicatatkan pada 2010. \rPengerusi Industri Elektronik Amerika Malaysia (MAEI), Datuk Wong Siew Hai, berkata ia berikutan kemerosotan aktiviti pengilangan dalaman komputer peribadi (PC) oleh syarikat berkaitan susulan peningkatan aktiviti penyumberan luar.\r\n\n\n\n\r “Bagaimanapun, jika tidak mengambil kira syarikat berkaitan PC, jualan eksport dijangka meningkat lima peratus sejajar dengan unjuran firma penyelidikan global yang meramalkan pertumbuhan antara enam hingga 10 peratus dalam jualan semi konduktor,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan kajian tahunan MAEI 2010/2011 di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, kebanyakan syarikat memilih untuk melaksanakan penyumberan luar ke China bagi mengurangkan perbelanjaan.\rMereka, katanya, lebih memilih untuk menumpukan kepada rekaan dan pembangunan serta pengeluaran produk baru.\rBagaimanapun, Siew Hai berkata, MAEI yakin mengenai pertumbuhan dalam sektor itu, meskipun dalam persekitaran nilai ringgit kukuh serta ketidaktentuan ekonomi global, khususnya Amerika Syarikat dan Eropah.\rBerdasarkan kajian, beliau berkata, MAEI mahukan lebih banyak insentif menarik dan cukai serta harga utiliti yang lebih rendah bagi mengimbangi kos menjalankan perniagaan semakin meningkat.\r\n\n\n\n\r“Kebanyakan ahli persatuan menjangka kos utiliti akan memberi impak antara tiga dan lima peratus kepada margin mereka,” katanya.\rSiew Hai berkata, ahli MAEI dijangka berbelanja secara sederhana tahun ini iaitu RM2.87 bilion berbanding RM3.47 bilion pada 2010. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|