CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Kelantan ‘hutang budi’ Kedah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Red Warriors hanya menang tipis 1-0 tewaskan Pahang di Kota BharuKELANTAN berterima kasih kepada Kedah yang menundukkan Terengganu (1-0), sekali gus membawa The Red Warriors kembali ke persada Liga Super selepas turut menang tipis ke atas Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, kelmarin.\rKetua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, biarpun kemenangan memihak Kelantan, beliau masih belum berpuas hati kerana prestasi permainan yang ditunjukkan anak buahnya tidak mencapai tahap diingininya.\r\n\n\n\n\r    Sekalipun mencipta banyak peluang jaringan, kelemahan pada jentera serangan nyata memberikan kesan hinggakan sukar memecah benteng pelawat yang dibimbing Dollah Salleh.\r\r\n\n\n\n\n    “Pemain gagal mempamerkan aksi yang saya mahukan dan saya yakin jika rentak sebenar ditunjukkan, kami mampu menjaringkan lebih daripada satu gol,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV itu.\rKelantan memperoleh gol tunggal menerusi kapten, Mohd Badri Radzi pada minit kelapan tetapi jaringan awal itu gagal menyuntik semangat rakan sepasukan untuk menambah jaringan termasuk sepakan penalti Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-24 yang ditepis penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaizol.\rKarathu berkata, dia sekadar lega sebaik permainan berakhir dan akur masih wujud kelemahan dalam pasukan itu yang harus diperbaiki segera untuk mengutip mata maksimum pada baki tiga perlawanan liga.\r“Kami bernasib baik kerana mendapat gol pada awal permainan dan saya lega lawan gagal mencari gol penyamaan tetapi jika tidak memperbaiki kelemahan yang masih ada, Kelantan mungkin kehilangan mata selepas ini.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039284 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list