|
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mengakui ketaksuban terhadap bola sepak dan Manchester United menghalangnya daripada mengumumkan persaraan lebih awal.\rFerguson yang mengemudi United ke rekod gelaran ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu dan berdepan Barcelona pada final Liga Juara-Juara hujung minggu depan, bimbang andai dirinya tidak lagi bergelumang dalam bola sepak.\r\n\n\n\n\r“Saya tiada rancangan untuk bersara, saya perlu berkata demikian dan (isteri) Cathy cukup gembira,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n“Perkara utama adalah sementara kesihatan masih pada tahap baik, saya akan meneruskan usaha saya. Anda mendengar pelbagai cerita mengenai orang yang berhenti dan kemudian mengalami masalah. Saya tidak mahu ia terjadi kepada saya.”\rFerguson yang akan membawa pasukannya bagi perlawanan penutup tirai musim ini menentang Blackpool di Old Trafford esok, percaya United menerima kritikan tidak adil musim ini.\r“Jika kami gagal jaringkan 10 gol setiap perlawanan, kami berdepan kritikan. Harapan begitu tinggi diletakkan pada kami. Tetapi kami juga meletak harapan tinggi, begitu juga peminat.\rMereka mahu melihat yang terbaik.\r\n\n\n\n\r“Ya, anda boleh mengkritik persembahan kami di tempat lawan. Memang mengecewakan.\rTetapi persembahan kami di tempat sendiri cukup hebat.\rKami menjaringkan banyak gol berbanding pasukan lain. Sukar untuk mengkritik prestasi seperti ini.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|