CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Penggal ala Predator

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki bunuh wanita Britain tiru aksi makhluk asingTENERIFE: Lelaki yang dituduh memenggal seorang wanita Britain di pulau percutian Tenerife, Jumaat lalu, suka menonton filem sains fiksyen Predator khususnya aksi pertumpahan darah.\rDeyan Deyanov, 28, gemar melihat makhluk asing dalam filem itu memburu dan mencantas mangsanya.\r\n\n\n\n\rDeyanov  memancung Jennifer Mills-Westley, 60, di sebuah pasar raya selepas pihak berkuasa perundangan Sepanyol membebaskannya daripada unit psikiatrik. Dia sebelum itu dibenarkan ikat jamin, meskipun polis memberi amaran dia masih mengancam keselamatan awam.\r\r\n\n\n\n\nSelepas menyerang pengawal keselamatan, waran tangkap dikeluarkan ke atasnya tetapi Deyanov sempat membunuh lagi sebelum ditahan.\rLelaki dari Bulgaria itu yang tidak berumah dan suka menghisap kanabis selain menyimpan video aksi ganas dalam telefon yang dirakam empat tahun lalu dan berkata: “Saya tidak suka manusia.”\rSelepas memotong kepala mangsa, Deyanov dilaporkan membawa dan menunjukkannya di khalayak ramai.\rPada 10 Mei lalu, hakim Nelson Diaz Frias mengeluarkan waran tangkap terhadap Deyanov kerana gagal memenuhi syarat ikat jamin selepas menyerang dan mematahkan gigi depan mangsanya menggunakan batu.\r\n\n\n\n\rSerangan terhadap pengawal keselamatan berlaku di pantai pusat peranginan Los Cristianos, 4 Januari lalu.\rApabila Deyanov ditahan, dia mendabik dada   dan memberitahu polis  dia  ‘nabi tuhan di Bumi’ dan merancang ‘sesuatu yang besar.’\rWarga Bulgaria itu sepatutnya melaporkan diri kepada mahkamah setiap dua minggu  menyebabkan hakim mengeluarkan waran tangkap pada 10 Mei lalu.\rMayat Mills-Westley dijangka dihantar ke Britain minggu ini. Beliau mempunyai dua anak perempuan dan lima cucu.  –  Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040447 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list