CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3135|Reply: 6

Aireena-Cerpen [U]

[Copy link]
Post time 20-6-2011 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 21-6-2011 17:19

Hi, just nak post cerita yang giler lama tersimpan...cerita masih remaja dulu.


xxxxxxxxxxxxxx
" Ya Allah, beratnya mata aku ni," aku berbisik sendirian. Ira pula kulihat sudah selamat 'berlayar. Mungkin sekarang dia dah sampai  ke Uganda, ke Zimbabwe ke, aku pun tak pasti. Tetapi daripada nada dengkuran dia itu, aku pasti dia sedang bergembira di dalam alam mimpinya itu. Aku cuba menumpukan perhatian pada cikgu Yusry yang sedang bercakap di depan. Cikgu Yusry....sekali dengar tentu orang mengagak rupanya kacak macam Yusry KRU namun realitinya....Tuhan sajalah yang tahu. Mungkin tokwan Yusry KRU lagi berganda 'hensem' dari guru Statistik aku ni. Tak bolehlah aku cerita banyak, kang tak pasal dituduh mengumpat pula! Tapikan, satu perkara yang buat aku kagum dengan Cikgu Yusry ni, ialah tahap kesabarannya yang ala-ala sifu Kungfu Panda. Dia tidak kisah samada budak kelas bising ke, budak tidur ke, budak bertenet ke...dia 'cool' semacam jek....pelik gak aku. Tapi dengar khabar, dia menjadi begitu 'cool' setelah dibelasah oleh beberapa orang pelajar samseng kolej yang 'brutal'. Betul atau tidak, aku tak pasti sangat. Yang aku pasti dia betul-betul sudah berubah menjadi begitu baik. Heh! Itulah perangai budak-budak sekarang, samsengnya mengalahkan raksasa 'Ultraman'. Nasib baik aku boleh dikategorikan sebagai pelajar yang baik budi...hihihihih.

"Reen..reen...pst.." satu suara sumbang tiba-tiba berbisik padaku.
Aku segera menoleh ke belakang mencari malaun mana yang mengganggu konsentrasi aku yang tahap kritikal ni.
"Ni ha..ada surat untuk awak,"
"Surat? Siapa bagi, Intan?"
"Entah, diorang minta bagi kat awak,"
"Ok, thanks.."
Hairan sekejap aku. Ada orang bagi surat kat aku? Walamak! berdebar lak rasa. Al-maklumlah, inilah kali pertama aku dapat surat. Tiba-tiba rasa nak tersengih 24 jam. Bangga tu beb! Perlahan-lahan aku membuka surat misteri itu.

Dear Reen,
Hi there! It's me Zairul. Boleh kita jumpa dekat library petang ni?Please...
Ada benda nak cakap dengan you. Ok,bye. See you!
                                                         Zairul.

Hah! Betul ke ni? Zairul rupanya yang bagi surat misteri. Dia nak jumpa aku? Macam tak percaya jek? Betul ke ni...aku terus jadi kelam kabut. Cepat-cepat aku mengejutkan Ira yang sedap tidur disebelah.

" Amende?" Ira menjawab malas.
" Ira..aku dapat note dari Zairul?"
"Note dari Zairul?, kau biar betul, Zairul mana ni, tak kan Zairul Adly kot? Ira pintas bangun sambil buat muka tak percaya.
" NAh! Baca sendiri..aku sendiri pun tak percaya...oh..adakah aku tengah bermimpi?" aku bersuara sedikit gabra.
" Eh..yelah..betul ke ni?, atau cuma mainan perasaan je ni," Ira cuba membuat lawak. Matanya yang kuyu tadi serta mata menjadi segar.
" Blahlah kau, macamana ni wei? dia nak jumpa aku kat library. Gabra seh...."
"Mafia cam kau pun tahu gelabah? apa ni beb?"
"Woi makcik, hal-hal lain kalu, aku tak kisah, tapi masuk part cintan-cintun, hati dan perasaan ni, den lomah sikit, den dapek E, tahu tak?"

Serius aku cakap yang aku tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Entahlah tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku ni kasar semacam kot. Lagipun aku tengok lelaki-lelaki sekarang memanjang tak semenggah. Dulu, boleh dikatakan aku ni anti lelaki. Tetapi sejak mengenal Zairul Adly di kolej, aku terus membatalkan niat untuk masuk ke kelab anti lelaki.Haha..buang karan! Dan untuk makluman semua, Zairul adalah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku ini..cewahhhh....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2011 02:36 PM | Show all posts
Di kolej ni, siapalah yang tak kenal Zairul Adly. Sampaikan makcik-makcik cleaner pun mengenalinya. Dia kacak orangnya, putih cerah ala-ala chinese look. kemas segak, pemain bola sepak kolej dan juga pandai oranya. Kalau nak dibandingkan dengan diriku ini, umpama langit dan bumi. Dia budak pandai, aku selalu corot di kelas. Dia kacak, aku separuh comel, separuh gangster. Zairul pandai bermain bola sepak, wakil kolej dan daerah. Aku? pandai pukul orang je..eh..bukan..bukan...aku memang tidak berbakat dalam bidang sukan. Nampak je macam lincah, tapi tangkap bola pun tak mampu. Ok! Aku give up! Tapi nasib baik aku pandai main catur. Terima kasih pada ayahku yang melatih sedari kecil. Satu lagi kelebihan Zairul yang membuatkan aku tergila-kan dia ialah dia pandai main gitar dan juga boleh menyanyi. Semasa di konsert kolej hari itu, dia dan kawan-kawan membuat persembahan di pentas dan aku terus terlopong mendengar dia menyanyikan lagu Nirvana. Walala...cair gua sekejap..... Sejak hari tu aku menjadi die hard fan Zairul nombor satu. Itulah serba sedikit mengenai lelaki pujaan aku ni. Tulah kalau nak dikira, malas rasanya kalau nak dibandingkan dengan kisah hidup aku pula. Aku ni nak dikatakan popular, popularlah jugak..hahaha... Dari Pak guard hingga ke tukang sapu, semua kenal dengan muka ganas aku ni. Mafia terulung di kolej. Tak sedar diri tu perempuan, nakalnya berhantu. Suka sangat buat kecoh di kolej. Sampaikan En. Ahamad Sapuan, guru displin kolej, sudah lali dengai perangai 'pailang' aku ni. Naik stress orang tua tu aku kerjakan. Kalau dia ada sakit jantung, mungkin sudah lama meninggal dunia disebabkan perangai aku yang tak makan saman itu. Budak-budak lelaki di kolej pun mengelarkan aku minah brutal. Pernah sekali, aku dicabar bertumbuk dengan seorang budak lelaki di kelas. Aku apalagi, memang spesis pantang dicabar, terus je bangun nak ajak bergaduh. Dengan buat-buat muka garang, aku berlakon konon berani. Hah kau! Masing-masing menikus. Sebenarnya disebalik muka aku yang mafia tu, dalam hati aku berasa amat kecut sekali. Ada ke aku nak gaduh dengan budak lelaki? Gila kau...kot bersepai gigi aku semasa bertumbuk nanti, hilang pula kejelitaan aku. Tapi yelah kan.. kalau dah ego tu nak buat macamana kan? Terpaksalah berlagak macho....peh!

Rahsia aku meminati Zairul ni, tiada seorang pun yang tahu pada mulanya. Namun, akibat keceluparan mulut aku sendiri, terbocorlah rahsia besar itu kepada Ira, kawan baikku dari zaman tadika lagi. Segalanya bermula daripada peristiwa di tandas kolej, tempat aku dan Ira suka melepak terutama semasa kelas Ekonomi. Pada petang Khamis yang malang itu, aku dan Ira telah didenda mencuci tandas akibat datang lewat ke kelas. Ira teus buat muka masam sementara aku dalam hati bersorak girang kerana tidak perlu mendengar bebelan Puan Rashidah yang garang macam mak lampir. Tengah aku bergembira sambil mencuci tandas, tiba-tiba Zaitrul dan kawan-kawannya lalu di hadapan tandas wanita. Kussss semangat aku sekejap. Aku apalagi, terus mengawal pernafasan dan cuba bertenang.
"Ceh! tak guna betul! Jatuh standard gua!" aku memaki di dalam hati.
"Woi, apa main sorok-sorok belakang orang ni?" Ira mencubitku.
" Syhhhhhh..diamlah sikit, tolong cover aku jap," aku bersuara perlahan.
"Apasal ni? Mak lampir tu datang ke?" Ira mula gelabah. Segera dia menjenguk ke luar. Dengan pantas aku menarik Ira ke dalam.
"Bukan mak lampirlah....ni lagi serius ni...aku nampak..." tak sempat aku menghabiskan kata-kata, Ira terus menjerit perlahan.
"Oooo, Zairul tadi lalu..."Ira berpaling padaku dengan satu pandangan yang 'confuse'.
"Mampus aku kali ni," hatiku bersuara.

Petang itu, habis aku kena ceramah percuma dengan Ira. Nak berahsialah konon, tak anggap kawan baiklah, tak ingat kawanlah, macam-macamlah ayat-ayat pedas yang dibagi oleh Ira. Siap merajuk lagi dengan aku. Eei..buruk betul muka masa merajuk. Jadi, nak tak nak terpaksalah aku mengaku yang sememangnya aku meminati Zairul. Tersedak sekejap Ira bila mendengar dan kemudian ketawa besar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 04:08 PM | Show all posts
Reply 1# kucincomei


    salam kucincomei...

ni versi CERPEN ke NOVEL? Rate U? or 18 ke atas?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 04:32 PM | Show all posts
Cerpen, rate u
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:46 PM | Show all posts
cerita baru..teruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:00 PM | Show all posts
Bagus banyak cerita baru harap jgn berhenti ditengah jalan ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2011 12:46 AM | Show all posts
sambungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.119880 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list