CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3192|Reply: 16

GIG-[U]

[Copy link]
Post time 11-6-2011 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 14-6-2011 12:06

Salam, ini percubaan pertama aku kat sini, tapi mungkin cerita seterusnya agak lambat, diharapkan pembaca blh bagi pandangan ye. tq


Tugasannya kali ini memangberat…….perit…..bagaimana untuk memulakan??sukar sekali mendapatjawapan…..duduk sekali lagi mengadap skrin komputer….memang dia tidak mendapatsebarang idea. Buntu….pening kepala….risau…..sekali lagi diteliti notaditangannya, kupasan edisi lelaki simpanan……lelaki simpanan?em…………gigolo? fuh!Bagaimana agaknya untuk mencari GIG tanpa mengetahui dirinya menjadi bahankajian. Sekali lagi dia buntu, tugasan sebelum ini mencabar juga tapi tidakketerlaluan sehingga menjejaskan akal fikirannya ketika ini.

Internet di buka, jejari runcingnya pantas mencari mana-mana website yang bolehdijadikan bahan rujukan. Banyak………terlampau banyak termasuk foto-foto yang'mencemaskan'. Esy……..langsung tidak kena tempatnya…….itu versi Barat…….sekarangdia perlu melakukan mengikut versi Malaysia……..berapa peratus mereka yangterlibat dalam gejala ini, bagaimana lelaki-lelaki tampan ini menggunakankekacakan mereka untuk mencari keseronokan terlarang, apakah manfaat yangmereka dapat, halangan yang perlu direntangi dan banyak lagi.

Buntu-buntu…..fikirannya melayang pada Daniel, kekasih hati yang jarang-jarangberada disisinya, terlampau sibuk dengan bisnes keluarganya hingga melupakandirinya.
"But u dah promise, we hav dinner 2nite?" Digenggam telefon ituerat-erat. Perasaan geram menguasai dada, geram bila memikirkan Daniel asyikmembatalkan date mereka.

"Sorry my dear….i'm really-really sorry but I tak boleh cancel the planwith client."

"Client? And me?………forget it…….."suaranya mula perlahan, malasbertekak dengan Daniel, dia memang tak pernah menang.

"Reen my lovely……I promise lepas semua siap…….we go out for romanticdinner………please……" Daniel memang pandai merayu, dia cukup lemah bilamendengar suara Daniel yang menusuk kalbu, apatah lagi menatap mata bundarnya,seolah berbicara tentang cinta.

Ah! Dia sudah terlalu jauh melayang……tugasannya belum pun start lagi. Rambutyang mula kering di tocang kuda, membelek-belek bussines card folder, mencarimana-mana nama yang boleh menolongnya, em……..
tiada, Firdaus mungkin boleh menolongnya. Ya! Firdaus……..di dail telefon sekalilagi, nasib menyebelahinya, pantas Firdaus mengangkatnya.

"Hi Dou! How r u?
"Fine! Reen……..its u?" suara ceria di sebalik sana.
"Hei……..u know me….hehe….i need ur help Dou….."
"What kind……..just tell me, Jelita….."
"Ada saja u nie, gini….em…..i kena buat artikel bout GIG,."
"What………???????"\
"Hey………camon guys……..jangan jerit gitue…..i tak abis lagi."
"ops!! Sorry…….so……."
"Can u give any name yang I boleh buat story."
"Em……..its not easy my dear…..but let me think first………u can call thisnumber….talk to Mr.Frank..dia incharge GIG, anything u want, model, actor,malah u mungkin kenal antaranya…"
"Thanks Dou."
"Satu saja pesan I, GIG pandai menggoda….jangan sampai u terpikat dahyer…."
"Esy…Dou…abis tue….Daniel……I nak letak mana??

First step setle….now time 2 action........GIG.............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2011 05:42 PM | Show all posts
menarik...isu yg jarang nk diketengahkan dlm novel. sambung lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 10:16 AM | Show all posts
menarik... x sabar tunggu n3 seterusnyer
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:10 AM | Show all posts
Reply 1# cempakasari78


    salam cempaka.... ni cerpen ke novel? dan rate apa? U?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:37 AM | Show all posts
permulaan yg menarik .....truskan meletak n3 ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 10:57 AM | Show all posts
sory, lmbt skit entry kali ni...tq utk forumer lain n jaza, nie lebey krg novel tp tkdelah tebal sgt...klasifikasinya camna eh? ada skit unsur sx tp tkdelah over...just penggunaaan ayat saja, u letak lah apa2 ye. enjoy reading

Matanya cukup berat untuk dibuka, seperti ada batang mancis yang melekat. Tapi, deringan telefon cukup menganggu lenanya yang enak dibuai mimpi. Argh!!!takkan Datin Sherry tak faham, dia terlalu kepenatan semalam, mereka berdansa di tempat yang hanya dikunjugi VIP tertentu. Argh!!!malasnya……..gagang diangkat, satu suara halus menerjah telinganya.

"Hello, Ray pls……"
"yup, speaking." Malas menjawab.
"Hie….i'm interested 2 know u, my dear."
"Actually, I hav 2 do rite now, can u call later darling." Dia menjawab ceria walaupun kepenatan dan meletakkan gagang.

Em…..mimpi bersama J.Lo hilang, dia masih mengedip-ngedip mata, melawan panahan mentari disebalik tirai yang separuh dibuka. Penat gila……hehe….membayangkan kerakusan wanita yang sebaya dengan ibunya di ranjang cukup membuatkan dia tersenyum sendirian. Bersemangat tapi tidak bertenaga. Adoi….macam2 manusia nie…nasib baiklah dia tidak terlalu bodoh melayan Datin Sherry seorang. Dia tidak terlalu bodoh untuk itu!!!bisik hatinya lagi.
      
    Dalam masa yang sama dia boleh melayan Datin Habibah, Datin Rosmah, Puan Sri Latifah dan ramai lagi para isteri yang kehausan. Tapi dia belum mengecap erti kebahagiaan yang sebenarnya, hanya nikmat seksual yang tidak seberapa.

Dia menguak rerambut halus yang terjuntai di dahi, berpaling ke arah cermin, wajah yang menjadi rebutan para remaja ketika zaman sekolah terbayang2 di memori, beberapa kali dinobatkan sebagai King of the Night pada majlis2 tertentu. Em……….kekacakkannya juga membawa pada kesengsaraan. Argh!!!malas untuk mengingati insan yang pernah melukai perasaanya. Lulusannya hanyalah setakat SPM dengan agriget yang tidak seberapa, datang ke K.L hanya dengan beberapa ratus ringgit di tangan, namun ketika berjalan2 di Pasar Seni, dia ditegur oleh seseorang yang membawa dia ke bidang modelling hinggalah mengecap kemewahan seperti sekarang.

Dalam usia 26 tahun, dia sudah memiliki sport car yang cukup mencairkan gadis2 bila memandang. Dia juga mempunyai kondominium yang dillengkapi segala kelengkapan rumah. Bukankah itu sudah cukup untuk pemuda sepertinya?? Cukup ke?

Deringan telefon menganggu lamunannya sekali lagi. lah!!! Tak reti2 ke orang ni, bencinya!!!!
"Hello, Ray………"
"Hie….."tersentak……suara yang tidak pernah didengar
"Em…..i got ur number from Frank N can I meet u?
"Well, em…..i guess u r new in this lane, right? Well…….kita jumpa di Sudu Restaurant KL Hilton ?"
"Ok.see u…."

Gagang diletak……..entah mengapa kali ini, hatinya berdebar-debar, bukan sekali dia berjumpa dengan client yang lebih muda, tapi entahlah kali ini, dia benar-benar merasa satu keanehan sedang berlaku dalam dirinya. Dia merenung jam Tag Heur di tangan. Lah! Sejam lagi dia harus sampai untuk bertemu clientnya……..hehe….ayam muda…..bisik hatinya ceria...........


Reen menunggu dengan penuh sabar, sengaja dia menunggu setengah jam lebih awal demi memastikan rancangannya berjalan lancar. Dia tidak mahu rahsiannya terbongkar dek kerana persiapan yang kurang rapi, adakah dia terlalu muda untuk mengupah seorang GIG?

Firdaus atau pun lebih dikenali dengan nama Dou sangat memahami dirinya, beberapa kali juga Dou menolong untuk menyiapkan artikel panas yang perlu dikupas untuk tatapan pembaca majalah Metropolitan Lifestyle namun assigment sebelum ini hanya melibatkan sessi interview bersama bekas pelacur dan juga remaja yang menyesal kerana lari dari rumah.

Namun untuk tugasan kali ini maha berat kerana editornya memerlukan kupasan yang lebih mendalam, mengenai kerja-kerja yang dilakukan GIG yang masih bekerja dan pastinya ia agak sukar kerana memerlukan dia menyamar.

Bagaimana jika GIG yang muncul mempunyai badan sasa dan juga terlalu rakus sehingga menjejaskan nyawanya? Hanya kerana lapan muka surat untuk kupasan ini, dia terpaksa menggadaikan maruahnya? Oh! Gosh..hatinya mula terdetik menyesal kerana sanggup menerima tugasan ini, alangkah lebih baik kalau dia menukar tugasan tersebut dengan Gee yang sememangnya tergedik-gedik mahu bertemu GIG dan dia dengan senang hati ke sekolah remaja jahat menemuramah remaja yang sudah insaf di sana. Tapi…sekarang dia sudah pun berada di sini..

“Hai….U Reen?” lamunannya terganggu dengan suara daripada belakang, semerbak haruman Acqua di Gio dari Giorgio Amani melekat di hidungnya, seorang jejaka dengan ketinggian 178cm, tersenyum kepadanya. 6 packs nya terserlah melalui t-shirt kolar bulat putih yang dipakainya dan paling penting wajahnya yang komersil pasti membuatkan siapa sahaja akan menoleh buat kali kedua ke arahnya.

OMG! He’s too gorgeous…Pipinya mula memerah di sapa seorang lelaki yang bakal dijadikan bahan kajiannya. Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam lalu dia menyambutnya dan dalam masa yang sama cuba untuk mengawal dirinya agak tidak kelihatan terlalu gugup. Gugup ke?

Lelaki kacak tersebut mengambil kerusi lalu duduk dengan penuh santun, metroseksual? Hatinya berteka teki lagi namun belum sempat dia menjawab soalan yang ditanyakan sendiri, lelaki itu mengeluarkan auranya.

“Isit ur first time?” Lirikan manja Ray harus dipatahkan, dia tidak boleh terpesona dengan seorang GIG!.

“Yup, my first time,” senyuman dibalas dengan senyuman namun patah itu sahajalah yang terkeluar daripada bibirnya walaupun sejak semalam lagi dia sudah berlatih untuk bercerita mengenai “dirinya”

“Well, sounds weird kan? U soo young to hire me? Atau u ada agenda lain?” Lelaki itu seakan seperti mahu mengorek rahsia daripadanya jadi situasi ini seakan terbalik, bukankah dia yang perlu menemuramah lelaki itu, ok, calm down Reen, u can do it.

“Oh! Dear, don’t you think I’m not serious bout this? For your information, I dah kahwin dengan seorang bisnessman, tapi u tahulah kan, hes too bz and tak banyak masa dengan I, sekejap ke China, Hong Kong lepas tue terbang lak ke US, so I boring, my fren ada bagi website pasal man social escort, so I tertarik dengan profile u, isit enuf reason to make u believe am didn’t have agenda at all?” Lancar sahaja dia berkata-kata, tidak sia-sia dia berlatih depan cermin malam semalam, Reen tersenyum dan menatap mata Ray yang bundar, mata yang banyak mencairkan hati wanita kesunyian.

“Oh I see…nevermind just forgot bout this, so u nak terus ke hotel to lunch on bed?” Ternyata lelaki ini bijak menggoda, dengan patah-patah ayat yang ringkas, dia mampu mengajak seorang wanita menabur wang dan kemewahan untuk dirinya. Gosh! Kuatkan imanku untuk menghadapi dugaan ini, dia bukan takut kerana pelawaan tersebut namun mungkin teralpa sedikit kerana ayat-ayatnya yang romantik ini, dia mungkin terlupa tujuan asalnya.

“Ray sayang…u noe ths my first time, am not ready for those relationship, u noe what I means rite?” Ray tergelak manja mempamerkan sebaris gigi putih milik model yang pernah menjuarai Malaysia Man Hunt ini. Reen mencerunkan keningnya, tidak memahami kenapa Ray perlu tergelak dengan ayatnya tadi.

“Sory2, I didn’t means to laugh, actually u memang lagi matured dari umur u. The way u talk show it, u begitu berhati2 kan? U takut I bawak penyakit? Don’t worrylah, am using this.” Sambung Ray lagi sambil menarik lengan bajunya yang sedikit elastik lalu melepaskannya. Oh! Itu simbol alat cegah hamil rupanya, wow! Am impress.

“Nevermind, kita lunch dulu ye, I dah lapar, belum breakfast lagi,” Ray bersuara lalu terus memanggil waiter dan memesan set steak untuk dirinya. “U nak apa?” Reen cuma menggeleng kepala, set itu sahaja sudah bernilai RM50, jika dia makan juga pasti akan mencecah ratusan ringgit, tidak berbaloi.

“Its ok, I dah kenyang, I teman u makan ye,” Ray tersenyum lagi lalu masing-masing bertentang mata dengan makna yang tersendiri. Reen tahu, datenya kali ini tidak begitu menjadi, perlu ada sessi kedua untuk mengorek cerita dari seorang GIG sementara Ray begitu berminat untuk mengenali gadis yang Nampak urban namun dalam masa yang sama ada sesuatu dalam diri gadis ini yang tidak diketahui....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2011 01:42 PM | Show all posts
Reen meneliti organizer miliknya, ada dua minggu lagi sebelum deadline menjengah tiba. Tidak bermakna dia boleh melengahkan waktu yang ada namun perancangan yang diatur sejak sekian lama perlu dilangsaikan dengan cermat sekali. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Sekali lagi diteliti profail Razman Bahari atau lebih senang dikenali dengan nama Ray, orangnya tinggi, berwajah putih bersih, mempunyai daya penarik pada senyumannya dan tidak ada satu pun kurang pada penampilan lahiriahnya.

Memenangi Pertandingan Malaysia Man Hunt dua tahun lepas semestinya menjadi tiket untuk dia mengorak langkah lebih jauh dalam dunia modeling tetapi kenapa memilih jalan hidup yang salah ini?

Bukankah dia mampu untuk meraih kesenangan dengan bekerja kuat? Wajahnya juga memecah dominasi model-model Pan Asian dan juga model lelaki berbangsa Tionghua seperti Steve Yap dan Hansen Lee yang sentiasa muncul dalam iklan komersial. Cuma dia tidak seperti model lain seperti Fizo Omar dan Kamal Adli yang menceburi bidang lakonan untuk mempelbagaikan karektor.

“Reen….” Kelihatan Gee muncul secara tiba-tiba di hadapannya bagaikan halilintar membelah bumi. Esy, budak nie, kacau daun betul.

“Ya Gee, kau kalau tak mengacau memang tak sah kan?”
“Ops! Kau tengok apa, sini aku tengok!” Dengan pantas tangan Gee merampas tetikus dari pegangan Reen lalu menglik page yang dilihatnya sebentar tadi. “Wow! Isit GIG nie yg ko nak interview?” Tanya minah kaypo itu sambil membeliakkan mata?

“Kalau ya pun, apa masalah kau?” Reen menjawab sambil mengetap bibir menahan geram, poyo betul lah minah nie namun membiarkan sahaja Gee meneliti tiga foto Ray dalam posisi yang berbeza, tiada gambar seksi, cuma pose Ray dalam tuxedo, gambarnya yang tersenyum manja dengan mata bundarnya dari jarak dekat dan juga sekeping gambar dalam mode hitam putih.

“Oh! Kalau aku lah berada di tempat kau, mesti jatuh cinta punyalah dengan Razman Bahari, boleh bayangkan tak kalau aku date dengan dia yang sedang memegang sekuntum mawar merah, sooooooo romantic Reen, kau boleh tahan ke dengan dia nanti?” Panjang lebar lah pula minah nie menceceh membuatkan Reen rimas namun tidak dinafikan pesona Ray memang melebihi lelaki biasa, melebihi Daniel, mungkin?

“Gee….dia tue model, social escort lagi, dah tentulah dia diajar bagaimana etiket untuk berhadapan dengan wanita berduit. Lagi sekali aku bagitau, berduit,” sambung Reen sambil menggesek-gesek jarinya menunjukkan isyarat duit.

“Alah…..ko nie dah spoilkan mood aku nak berangan tau!” Balas Gee lagi sambil berlalu pergi. Ah! Tahu pun ko nak blah dari sini, Reen mengeluh nafas lega. Sekarang masa untuk mencongak kembali date keduanya dengan Ray. Takkan mengajak untuk lunch date lagi? Mesti Ray akan syak yang bukan-bukan, jadi bagaimana? Hotel? Gulp! Dia tidak mahu menempah sengsara, jadi bagaimana? Yes! Aku tahu, tempat nie pasti akan memberi keselesaan buat kedua-dua pihak…Good ide…Reen tersenyum sinis, time to work again.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 03:44 PM | Show all posts
agak2 kat mana la tempat dating slamat yg reen nak bwk ray tu kan.....g umah anak yatim kot.....bagi keinsafan sikit pada ray tu..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2011 06:10 PM | Show all posts
Ray memarkir kereta Nissan Fairlady Z miliknya yang telah dihadiahkan oleh Puan Sri Latifah tanpa sebarang cagaran. Jika ada sesiapa bertanya, pantas dijawab itulah hasil kerja kerasnya selama ini.

Betapa tidak, tujuh tahun dalam bidang modeling termasuk pernah memperagakan busana Bernard Chandran di kota London bersama Nasha Aziz dan Tengku Azura tiga tahun lalu pasti terpahat antara kenangan yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

        Biarpun mendapat tawaran berlakon di samping pelakon-pelakon ternama, itu bukan yang dicarinya. Dia tidak mempunyai masa dan kesabaran untuk menghafal skrip atau apa jua dugaan bergelar anak seni yang pastinya membuka segala pekung di dada. Tidak sekali-kali, anak wayang hanya akan merungkai kembali kisah silamnya yang tidak mahu diingati lagi.

        Biar sahaja dia begini, low profile namun masih mampu mencairkan siapa jua yang memandang. Tiada siapa yang tahu dunia gelapnya kerana dia bijak menutupnya dengan pentas lakonan yang tiada taranya.

        Namun bertemu gadis urban tapi sedikit naïf memberikan pengalaman baru kepada dirinya. Ya, personality gadis itu seperti wanita kota yang lain namun berbual dengannya membuka dimensi baru dalam kehidupannya. Dia bukan seperti wanita-wanita yang menajanya selama ini yang hanya bercerita keburukan suami dengan meminta layanan di ranjang sebagai habuannya.

        Dia bukan juga rakan modeling hanya bercerita bagaimana untuk tampil kurus setiap masa dengan menyekat makanan serta mengamalkan gaya hidup yang ekstrim, ya! Gadis ini agak berlainan.

        Mungkin terlalu awal untuk dia menilai gadis itu hanya dengan sekali pertemuan sahaja namun sudah tentu ada yang seterusnya dan kali ini date mereka diaturkan di Dewan Filharmonik Petronas. Tempat yang mempunyai khalayak yang ramai bukanlah lokasi yang sesuai untuk bertemu namun jika itu permintaan dari pelanggannya, dia terpaksa menurut perintah lagi pula Ray mahu lagi bertemu gadis yang seakan ada gedung perpustakaan di mindanya.

        The Magical Show di bawah pimpinan Carl Davis amat mengujakan tetamu yang datang untuk berhibur. Reen melangkah masuk dengan penuh kemas, sesekali lengannya bersentuhan dengan Ray yang sasa itu, berderau darahnya mengalir, seakan terpana arus elektrik yang membuatkan pipinya merona merah jambu.

        Namun Ray tidak menunjukkan perbezaan, ya! Sebab itu kerjanya, jangan dibuai terlalu indah ye Reen, kamu hanya menjalankan tugas semata-mata bukan menagih kasih.

        “Kenapa pilih tempat ini Reen? Persembahan orkestra?” Ray memulakan bicara agak pelik dengan pilihan dating mereka, bukan tidak biasa dengan pertemuan beberapa kali sebelum menjalankan tugas yang asasi namun ia seperti hubungan yang berpanjangan, seperti seorang kawan, istilah yang lebih tepat.

        “Dear Ray, I need you to be part of me, could u be mine tonight?” Mereka berdua duduk, mengambil tempat dan penuh sabar menunggu show dimulakan.

        “And you ready for tonight?” Mata Ray bercahaya-cahaya, sudah lama dia tidak merasa ayam muda namun belum sempat Reen menjelaskan apa yang akan berlaku seterusnya, persembahan dimulakan dengan alunan muzik dari filem-filem terhebat Hollywood seperti Aladdin, Pirates of Caribbena dan sebagainya. Persembahan yang mengambil masa sejam lebih itu sangat hebat dengan muzik orkestra professional, sungguh mengagumkan namun Reen agak cemas, tidak mahu perkataan tonight disalah ertikan oleh Ray yang kini sedang asyik menyaksikan konsert itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 08:10 AM | Show all posts
Reply 9# cempakasari78


    salam cempaka.... ni cerpen ke novel? dan rate apa? U?


(soalan kedua) - jwpan masih senyap...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 10:39 AM | Show all posts
Reply 10# Jaza2008


    sory, lmbt skit entry kali ni...tq utk forumer lain n jaza, nie lebey krg novel tp tkdelah tebal sgt...klasifikasinya camna eh? ada skit unsur sx tp tkdelah over...just penggunaaan ayat saja, u letak lah apa2 ye. enjoy reading

tu, wa tolong copy balik mender si cempaka tu jawabkan hari tu.
jawapannya = novel, tp tak berapa tebal.
terpulang la nak letak u ke mende.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 05:00 PM | Show all posts
Reply 11# heisebeno


    terima kasih heisebeno... tak perasan lak dia ada jawab tapi tercmpur dgn
n3 mmg tak nmpak... ingatkan ayat2 n3 tu...

kalau ada apa2 perubahan dlm n3 ni... (sprt kata TT tu... ada light sx dlm dailog je)....
maka lembaga penapisan akan bersidang ttg level RAnya nnti..
harap maklum ya... nnti Mod kena rajin pantau sini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 11:44 AM | Show all posts
cerita baru........
macam best je jln cerita nih..........
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 08:01 AM | Show all posts
next n3 please
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 07:29 PM | Show all posts
baru je baca...
smbg lagi TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 10:52 PM | Show all posts
sorry,kena tunggu seminggu untuk citer nie sbb saya bz dan blk kg lak tue...so, ini sdkt sambungannya..enjoy guyz

Sebaik sahaja orkestra di tamatkan, mereka semua berdiri lalu bertepuk tangan memberi penghargaan kepada pemuzik yang terlibat dengan show yang hebat itu. Ray melemparkan senyuman manis kepada Reen sambil menganggukkan kepala memberi isyarat untuk keluar daripada tempat itu.

Reen berjalan membontoti langkah peragawan yang hanya dikenali melalui dada akhbar. Ya! Kesah pemuda ini hanyalah menerusi lensa kamera sahaja, tiada cerita peribadi mengenainya, jika tidak kerana tugasan ini, pasti dia tidak pernah termimpi untuk bergandingan sebegini.

Adakah dia gila? Kalau dia buat apa2 nanti, aku nak minta tolong camna? Hati Reen penasaran, memikirkan pelbagai perkara buruk yg mungkin berlaku nanti.

“Reen, u nak I bawa u ke mana?” Aduhai, kenapa layanan jejaka kacak ini begitu berbeza sekali berbanding hari pertama mereka bertemu? Seakan ada kapak yang membelah dadanya sekarang. Cool-cool..

“Kita borak kat sini ye,?” ujar Reen seraya menunjuk ke arah Restoran yang di buka 24jam. Tidak terlalu eksklusif namun dikategorikan ia tempat yang sesuai untuk berbual sambil cuba mengorek rahsia.

“Hmmmm, ok” pendek sahaja sambil menuju ke lokasi di sebalik rimbunan dedaunan yang menjalar, tidak ramai orang di situ kecuali beberapa pasangan yang sedang asyik masyuk bercinta.

“Tak kenyang lagi ye makan tadi?” tanyannya lembut, lelaki ini ternyata punya pesona tersendiri, Reen tersenyum sambil memilih kata-kata yang tepat, tidak mahu kelihatan terlalu formal dlm perbualan mereka.

“Dah kenyang tapi saja nak borak dengan u,” Reen membalas tanpa melihat kea rah Ray, “Saya nak fresh orange saja ya, u?”

“Ice Lemon Tea please,” ujar Ray lalu menyandarkan badannya dan menarik nafas lalu melirik manja kea rah Reen.

“Anything on my face or my hair?” Reen bertanya bila tumpuannya terganggu dek renungan nakal lelaki yang masih bujang ini, dia juga manusia biasa rupanya.

“Haah, ada, meh I buang mess on ur spec,” ujar Ray lagi lalu menanggalkan cermin mata Reen dan menyorokkannya di bawah meja.

“hellloooooo….i tak nampaklah, tak baik u buat I camni,” Reen mengelus geram, pandangannnya agak kabur kerana power matanya antara 350-550 untuk kedua-dua belah mata.

“U look good without ur spec honey,”

“But I cant see anythg now, please return my spec,” ujar Reen separuh memujuk.

“Ok, tapi2….” Saat itu Reen cuba mengambil cermin mata daripada tangan Ray hingga terpegang jari Ray beberapa saat membuatkan dirinya berasa malu. “Biar I pakaikan ok?”

Dengan nada mengeluh, Reen membiarkan Ray memakainkan cermin matanya sehingga baru dia dapat menatap wajah lelaki itu yang seakan menahan tawa melihat wajahnya yang geram.

“I tak suka u buat macam nie ok?” jawabnya lagi kononnya memberi amaran.

“U……masa kita bermesra nanti u tak pakai spek kn honey?” terpana seketika mendengar soalan yang keluar daripada mulut lelaki itu  namun Reen tidak menghiraukan persoalan itu lalu mengelap cermin kerana terlekat cap jari ketika mereka berebut tadi.

“Sorry honey, u marah i?”
“U rasa?”
“Am sorry, I just nak tengok ur face without ur spec and u look beautiful without this things u have big eyes ok and u tau berapa ramai model di luar sana yg memakai big lens untuk mendapatkan efek mata macam u, tapi sayang u menyembunyikannya….”

Sudah! TErbalik pula cerita ini, aku yg sepatutnya bertanya sekarang dia pula yg menguasai perbualan kami. Kalau macam nie bila aku nak siap daa? Menyedari Ray yang semakin menjauhkan mereka daripada persoalan asas, Reen mula membawa mereka kea lam reality.

“Dear…. Kenapa u perlu terlibat dalam bidang ini kalau u boleh menjana income sendiri dengan modeling?” berhati-hati dia mengeluarkan soalan, bimbang kelihatan seperti seorang reporter, maklumlah dia tidak pernah menyamar sebelum ini.

“Why u need to noe honey?” Tanya Ray sambil menghirup air kegemarannya.
“Sekadar bertanya, u tak marah kan?”
“Modelling is my carrier, but kita takleh coop dengan modeling saja, its not enuf to live in this world…metropolitan I means.”

“Maknanya u mmg mencari kemewahan?”
“Well, I tak minta, mereka yg nak bagi…suka rela, u ada nk bagi I apa2 ke?” soalan nakal itu menyelit lagi antara perbualan mereka. Tidak mahu menafikan, Ray mempunyai sense of humour yang tinggi, tidak hairanlah jika dia mempunyai ramai peminat.

“I tak kaya macam Datin-Datin tue….”
“No need honey, I tak perlukan semua tue, I think u noe what I means,” lembut sahaja nada Ray bersuara sambil mengelus tangan Reen lembut. Walaupun agak terkejut dengan tindakan drastic itu, dia membiarkan sahaja kerana bimbang jika menariknya ia hanya akan membuatkan keadaan menjadi rumit.

“Ray, am not ready for that if u means ……..”
“Yeah, I noe, u r type of loyalty wife….ur hubby such as lucky man in d world,” jawab Ray sambil menarik kembali tangannya lalu berada di posisi seperti biasa. Seperti tidak terjadi apa-apa.

“So….apa yang u cari sebenarnya Ray? Mewah? Wanita? Atau apa?”
“Kenapa u betul2 nk tau pasal I honey? No one ever ask me bout this, I tak pernah bergantung harap pada sesiapa pun untuk sampai ke tahap ini. I never hav women in my life if u wanna d answer…. I tak pernah kenal siapa my mom.”

Noktah. Jawapan itu sahaja sudah membuatkan Reen kelu lidah untuk berkata. Apa maksud Ray? Bukankah setiap manusia mempunyai ibu? Dia buntu dan masing-masing cuma diam melayan muzik instrumental yang berkumandang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 10:58 PM | Show all posts
Cerita baru .....menarik juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.114185 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list