View: 19902|Reply: 1
|
Kak KM tak kisah Ustazah Asma' Harun tegur pakai seksi, tu memang kerja agamawan
[Copy link]
|
|
Ditegur kerana keluarganya tidak berpakaian sopan, usahawan sensasi Liana Rosli menganggap Ustazah Asma' Harun sudah menjalankan tanggungjawab memberi teguran sebagai saudara Islam.
Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, 44, berkata, dia bukannya tidak menghormati bulan Ramadan kerana setiap reviu dimuat naik di media sosial biasanya akan mengenakan pakaian sopan.
Pun begitu, Kak KM berkata jika pakaian anaknya iaitu Nabila yang menjadi bualan netizen, dia terbuka menerima teguran dibuat Asma'.
"Sepanjang Ramadan kami buat reviu di media sosial semua memang pakai pakaian yang sopan seperti jubah dan baju kurung.
"Soal anak (Nabila) saya itu, kalau ustazah nak tegur kira itu bahagian (tugas) dia, dia sudah buat bahagian dia untuk menegur.
"Terima kasih kami terima dengan teguran itu," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Dalam pada itu, Kak KM memberitahu dia tidak pernah berkecil hati dengan setiap teguran dibuat oleh Asma' kerana menghormati individu berkenaan sebagai ahli agamawan.
"Tak ada rasa kecil hati pun kalau dia (ustazah) nak hina atau kutuk. Dia pun manusia sama macam kita juga.
"Kadang-kadang tak kena pada mata, jadi dia menegurlah. Saya memang terima sahaja setiap teguran dan tidak kisah.
"Apa yang baik kita terima, sebab dia bukan orang-orang biasakan. Dia seorang ustazah," ujarnya.
Sebelum ini, Asma' meluahkan rasa kecewa mendakwa penampilan keluarga Kak KM sewaktu berniaga di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur baru-baru ini didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.
Lebih mengecewakan lagi, penampilan keluarga usahawan tersebut turut menerima teguran daripada individu bukan beragama Islam dalam cara pemakaian mereka.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenduri akikah pun nak berseksi bagai
Mmg tak reti masuk majlis.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|