View: 8157|Reply: 6
|
Aaron Aziz Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Agensi Umrah RM90,000, Tekanan Darah Tinggi Naik 179
[Copy link]
|
|
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz berdepan kerugian hampir RM90,000 selepas ditipu agensi umrah.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz memuat naik video meluahkan rasa tidak puas hati terhadap agensi umrah tersebut.
Pelakon asal Singapura itu mendakwa tidak menerima sebarang gaji selepas bekerjasama dengan agensi itu.
Lebih menyakitkan, kejadian itu terjadi selepas isterinya Diyana Halik berdepan dengan insiden pekerja pecah amanah mencuri wang syarikat.
"Selepas kes isteri, saya pula kena. Gaji tidak dapat, komisen pun tidak dapat. Malah saya bagi pinjaman hampir RM90,000 pun tidak dibayar."
Perkara itu juga menjejaskan kesihatan pelakon berusia 49 tahun itu di mana bacaan tekanan darahnya meningkat kepada 179.
"Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua, buat baik pun kena berpada-pada. Sampai di hospital, tekanan darah 179."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan kepada Aaron dan mendoakan agar urusan pelakon itu dimudahkan.
Sumber : OhBulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Malam td, lepas baca berita ni I terus message agen TA ni. Agen tu kata 'dah settle, masalah dalaman je'
I tau TA ni sebab pergi g umrah melalui TA ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Org berhutang mmg akan jwb dah settle dan masalah dalaman demi nak menutup pekung dia dah buat. Kalau x betul xde AA ni berani up ke public. Lately ni byk betul TA umrah buat taik. Baik pergi ikut yg dah betul2 reputasi baik je mcm THT dan yg bbrp nama lain lagi tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Agen mana nihhhh . Spill please |
|
|
|
|
|
|
|
Masa I pergi dulu feb 2023 ,masa ni sdg krisis yg banyak TA tukar hotel jauh, dikatakan hotel naik harga dan di cancel oleh pak arab.
Cuak juga masa ni sebab I pilih TA yang I tak kenal pun. I dapat info lps tenguk fb agen, interested utk naik high speed train drp mekah ke madinah dan hotel Safwah dan maden hotel madinah.
Pastu agen yng I buat book tu bad mouth ttg TA ni pula. Dia kata pengursan teruk dll. Isyy,,mmg cuak lah dan berdoa setiap waktu utk permudahkan segala urusan. Lagi satu, takut kena marah dgn hubby sbb I pilih TA ni dan dia nak Andalusia sbb dah pernah pergi dgn ni sblm ni.
Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Hotel semua dapat spt yg dijanjikan dan di Madinah dapat upgrade bilik ke suite dan nampak mesjid Nabawi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takut kena LOD. Now sibuk dgn LOD.
Google je
|
|
|
|
|
|
|
|
iols cuma nak gelakkan si Aron esp waifnya hahahahha |
|
|
|
|
|
|
| |
|