CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6089|Reply: 17

Menganga Datuk Red tak jadi nak kahwin dengan Adira, reda jadi duda sampai tua

[Copy link]
Post time 17-3-2025 11:51 AM | Show all posts |Read mode


Rancangan usahawan Datuk Seri Adnan Abu kembali berkahwin dengan bekas isterinya iaitu penyanyi Adira pada bulan Syawal ini nampaknya tidak kesampaian.

Berdamai dengan takdir, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, dia dan Adira selesa mengekalkan berhubungan sebagai rakan baik serta mengutamakan anak-anak berbanding perasaan sendiri.

"Dulu hanya merancang sahaja, tapi nampaknya anak bulan tak kelihatan.

  


"Tapi saya reda dan kami pun selesa berkawan macam sekarang.

"Keutamaan kami berdua adalah pada anak-anak," katanya Ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Masih menyimpan perasaan sayang terhadap Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, Adnan bagaimanapun menyerahkan soal jodohnya pada Allah SWT.

  


Malah usahawan itu bersedia untuk bergelar duda sehingga akhir hayatnya jika tidak berjodohan kembali bersama Adira.

"Pada umur macam ini, saya hanya menantikan jodoh saya kembali bersama Adira.

"Cinta tak semestinya memiliki, andai Adira berjodoh dengan orang lain nanti pun tidak mengapa saya tiada masalah.

"Saya tetap reda bergelar duda tua sampai bila-bila, tak terfikir nak cari perempuan," ujarnya.

  


Sementara itu, Adnan menjelaskan faktor kewangan menjadi salah satu punca dia membuat keputusan untuk tangguhkan niat menikahi semula Adira.

Kata Adnan, dia masih mempunyai hutang yang perlu diselesaikan dan enggan membebankan Adira dengan perkara berkenaan.

"Faktor kewangan antara punca saya rasa belum masa untuk berkahwin.

"Tambah pula perjalanan saya nak selesaikan hutang lama pun masih jauh.

"Saya sedar diri dan tidak mahu membebankan isteri saya jika berkahwin nanti,“ jelasnya.

  


Pada Julai tahun lalu, Adnan meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025.

Untuk rekod, Adnan dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

  


Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan korang akan tepek statement Adira. Sapa retis la wei. Kalau baca statement Adira memang dia dah 100% tak hingin ex, tanak menikah baru.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
So tokbured scammer kena scam dgn ex bini
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa adira mcm.anak dara
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan ex wife dia datin red pun takmau dah ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 02:31 PM | Show all posts
rosehoney79 replied at 17-3-2025 02:17 PM
Dengan ex wife dia datin red pun takmau dah ke

dgn yg ni mcm mmg dh tak nak je. kalo heols ni takde mslh kewangan, mesti dira dh alu2kan dh gelaran datin tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bingitnya adira time masak tu.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 03:43 PM | Show all posts
"...Saya tetap reda bergelar duda tua sampai bila-bila, tak terfikir nak cari perempuan"

SEBABBBBB KAUU BURUK KEPAMMMM...dan DAH TAK BERDUIT... CUBA BERDUIT...semua betina kau nak kongkekkkk! Sudah lah buRED!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 03:47 PM | Show all posts
kesah pulak kita semua dia kawen ke tak kawen kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia tk nmpak mcm budak2 gaya nye selain drpd rongak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 17-3-2025 03:13 PM
bingitnya adira time masak tu.

Memang bingit. Iols tertengok 5mins, cukup lah. Dengan Adira bingit, tambah Bella pun bingit. Double bingit. Dah la putih cam mayat
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 03:59 PM | Show all posts
Ni sapa yg retis? Adira ke scammer? Apasal statement made by scammer, bukan adira?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade baiknya adira tak menikah balik ngan dia walau atas tiket anak2 sekali pon. Melambak2 hutang pakcik ni. Bahaya utk adira dan anak2 pon iye. Teruskan menganga ye tok sementelah ko pon dah takde duit takde sapa nak. Ibaratnya rupa tiada harta jauh sekali. Balasan sbb scam org dulu...

Gitu aku mencerca
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:31 PM | Show all posts
kau berniaga pun asyik3 minta adira promote masa live. masih nak guna populariti bekas bini untuk marketing dan cari sales.

bagus la tak rujuk. mcm takde beza. sekarang ni pon myusahkan ex bini asyik2 menempek kat rmh buat live jual barang2. sampai bila nak gunakan adira?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:40 PM | Show all posts
laaa...tak jadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 05:25 PM | Show all posts
Mulut scammer, aku aminkan engko duda jer la terus.


Adira kata scammer ni lucu kalo berkata2 .. ramaiiiiiiiiiiiii lagi lelaki lain pandai buat lawak hahhahahhahahhahaha....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
haha, tahun lepas kemain canang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan tinred betul2 dia tak hingin ye. Sherai dua2 tapi cuma nakkan adira sorang. Mohon adira cerdik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.817328 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list