View: 31495|Reply: 1
|
Geram kena tendang, tumbuk, Lufya hantar anak belajar taekwondo
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 16-3-2025 10:34 PM
GERAM apabila satu-satunya anak perempuannya dibuli di sekolah, pelakon dan penyanyi, Lufya nekad mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.
Menerusi hantaran Instagram, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, dalam Instagram, dia mendedahkan anaknya, Laana Haura, 8, sering mengadu menjadi mangsa pukul rakan di sekolah.
“Nak meluahkan perasaan terpendam. Sebelum ini saya sudah ke sekolah berjumpa dengan ibu bapa pelajar lelaki yang mendendang dan menumbuk Haura.
“Yang geramnya setiap kali balik sekolah dia akan mengadu perkara sama. Diganggu oleh pelajar yang sama.
“Bila berjumpa ibunya, dia minta maaf walaupun kurang menerima. Tapi tak apa saya terima. Tetapi kejadian ini berulang lagi.
“Jadi saya ambil keputusan masukkan Haura ke kelas taekwondo. Lepas ni kalau Haura yang lembut dan manja ni mengganas, nasib kau lah nak,” tulisnya.
Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu lagi, dia berharap tiada ibu bapa yang akan membuat aduan sekiranya Haura cuba mempertahankan diri daripada dibuli selepas ini. -HIBGLAM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak best langsung Taek won do. Silat or Muay Thai la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|