CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40232|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak berpotensi jadi hab kesihatan serantau

[Copy link]
Post time 17-2-2025 12:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 04:23 PM

Dengan pertumbuhan pelancongan perubatan yang pesat serta pembangunan hospital swasta baharu



Abang Johari bersama barisan kepimpinan tertinggi PBB pada Majlis Penangguhan Perhimpunan Agung PBB Ke-16 hari ini. - Gambar Roystein EmmorKUCHING: Sarawak berpotensi untuk muncul sebagai hab kesihatan serantau dengan pertumbuhan pelancongan perubatan yang pesat serta pembangunan hospital swasta baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri ini telah menarik kedatangan ramai pelancongan perubatan terutama dari Indonesia.

“Pada tahun 2024, kita (Sarawak) mencatatkan 4.8 juta ketibaan pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM12 bilion.

“Ia merupakan satu rekod yang tinggi di mana ramai daripada mereka datang untuk mendapatkan rawatan perubatan.

“Sebab itu, kita menyasarkan lima juta pelawat pada tahun 2025 dan saya yakin kita boleh mencapai sasaran ini kerana kini kita mempunyai AirBorneo yang dapat memudahkan lebih banyak perjalanan, terutama dari Jakarta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Bagi menyokong lagi pertumbuhan ini, Abang Johari mengumumkan beberapa projek pembangunan hospital swasta, termasuk sebuah hospital dengan 300 katil di Batu Lintang serta tambahan hospital baharu di Tabuan Jaya dan Petra Jaya.

“Kewujudan lebih banyak hospital swasta menunjukkan bahawa Sarawak semakin diiktiraf sebagai hab kesihatan.

"Bukan kerana rakyat Sarawak semakin kerap sakit, tetapi kerana ramai orang luar memilih untuk mendapatkan rawatan di sini, memandangkan kos rawatan kita lebih rendah berbanding Singapura,” jelasnya.

Beliau turut menekankan bahawa pelancongan perubatan akan memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi tempatan kerana pesakit biasanya datang bersama ahli keluarga, sekali gus meningkatkan permintaan dalam sektor perhotelan, makanan dan peruncitan.

“Pesakit yang datang tidak bersendirian. Mereka ditemani keluarga, yang akan berbelanja untuk hotel, makanan dan produk tempatan. Ini membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Presiden PBB menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap penjagaan warga emas dengan memastikan mereka menerima pemeriksaan kesihatan tahunan secara percuma di klinik kerajaan.

Beliau berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS), khususnya PBB, akan terus memberi keutamaan kepada kesihatan golongan berusia.

“Itulah sebabnya kita telah memperuntukkan dana bagi memastikan warga emas menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun di klinik dan semua kos ini ditanggung oleh kerajaan,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/16/sarawak-berpotensi-jadi-hab-kesihatan-serantau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.283595 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list