CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19143|Reply: 15

[Jenayah] Harga Santan Meningkat, Peniaga Ayam Percik Kelantan Terpaksa Menaikkan Harga!

[Copy link]
Post time 14-2-2025 07:57 AM | Show all posts |Read mode




Setiap kali musim Ramadan tiba, masakan ayam percik pasti jadi juadah ‘wajib’ di atas meja.

Walaupun mendapat permintaan yang tinggi, para peniaga ayam percik di negeri Kelantan meluahkan kebimbangan untuk berniaga sepanjang Ramadan dengan trend kenaikan harga santan terus meningkat.

Memetik Berita Harian, harga ayam percik masih kekal antara RM9 hingga RM10. Tetapi harga makanan itu akan dinaikkan sekiranya harga santan meningkat mahal.

Dalam satu temu bual Berita Harian dengan peniaga, walaupun harga santan jauh lebih mahal berbanding sebelum ini, dia masih menjual dengan harga sama.
Dah Tak Dapat RM10, Ayam Percik Di Kelantan Mungkin Naik Harga
Sumber Gambar: ExpatGo

“Untuk menaikkan harga memang kita rasa kasihan kepada pembeli dan masih bertahan walaupun keuntungan semakin sedikit.

“Namun jika benar harga santan akan naik sehingga RM20 sekilogram, kita juga terpaksa menaikkan harga ayam percik. Kita juga terpaksa memikirkan keuntungan selain perlu membayar gaji pekerja.

“Saya juga sudah berbincang dengan suami sekiranya banyak harga bahan mentah naik termasuk santan, kita juga terpaksa buat begitu,” kata Wan Marini Muhamad Nazi, 42.

Sementara seorang lagi peniaga dikenali sebagai Hamidah Saat, 45, dia turut bimbang dengan situasi harga santan sehingga terpaksa menaikkan harga ayam percik.

“Seketul ayam percik saya juga kini RM10 dan saya pun tengah berfikir macam mana mahu menjual Ramadan nanti sekiranya harga santan masih mahal dan terus meningkat.

“Saya turut berharap tiada pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati kerana kesannya kepada peniaga makanan seperti kami,” katanya.

Terdahulu peniaga santan serta kelapa di Kelantan meluahkan rasa bimbang apabila bekalan buah kelapa berkurangan sehingga harga naik mendadak.

Difahamkan sejak awal Disember lalu harga santan pada asalnya sekitar RM9 hingga RM10 sebelum ini kini meningkat kepada RM17 hingga RM18.

Dijangka harga santan di Kelantan terus meningkat kepada RM20 sekilogram menjelang Ramadan. Ini kerana bekalan buah kelapa masih berkurangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2025 10:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2025 03:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam percik pakai santan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 10:13 AM | Show all posts
ayam pun makin kecek
lama dh tak beli ayam percik, anyway

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang patut stress patut geng2 orang nogori.. sbb banyak lauk masak pakai santan..


Percik kelantan pakai santan.. tp kuah percik ni tak perlu banyak & pakai santan takde la byk mcm masak lomak..

Rendang minang tok pakai 5x ganda santan banding rendang biasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2025 02:48 PM | Show all posts
xlama ag kan nk puasa...tu la mknn feveret berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
yati ayam percik tersenyum sinis..
i xsuka betul ayam percik yg putih..suka oren..yg mak i masak sdp.
kalau yg beli kt bazar kaler putih dan keras je isi ayam..
pastu selalu kena paksa mkn pdhl kita dh ckp kita xnk ayam percik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2025 03:31 PM | Show all posts
Padan muka peminat ayam percik.

I hate ayam percik or any percik for that matter so aku tepuk tangan sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 10:02 PM | Show all posts
Dodol, wajik, rendang, lontong, lemang, semua guna santan wooo............
Belanja raya naik 3 kali ganda. Semoga ada surprise bantuan raya 2025, hahaha
Kalu tak, aku hidang air oren aje.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kat malaysia ni ade klantan je ke eh?asyik2 kait dgn klantan. jemu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:34 AM | Show all posts
Lepas thaipusam memang la naik harga santan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni memang tak pergi kot bazar Ramadhan, sebab nak puasa tak makan benda yang pernah bernyawa
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 25-2-2025 02:21 PM
Tahun ni memang tak pergi kot bazar Ramadhan, sebab nak puasa tak makan benda yang pernah bernyawa

Fuyoo Uols da jadi vege ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts


Berita ni betul ke tidak? Kalo bulan puase pun dah naik harga, apatah lagi la nak raya nanti. Rendang, lemang semua santan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 25-2-2025 07:35 PM
Fuyoo Uols da jadi vege ke

Intermittent vege
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.157275 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list