CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16120|Reply: 0

Monsoon Swamp Monster 2025

[Copy link]
Post time 7-2-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode

Juara kategori King of Toman bersama tangkapannya.

PADA 25 Januari, telah berlangsung satu pertandingan memancing yang bertempat di Bukit Layat, Setiu, Terengganu. Pertandingan ini menampilkan penyertaan hampir 300 peserta.

Pertandingan ini juga menawarkan banyak cabutan bertuah dan hadiah yang menarik daripada pelbagai penaja seperti Ozmy, Rentaka, Titan Blade, Pok Tam Caster, Epol Craft, Ikanz, Asuka, Gomexus dan banyak lagi. Ini selaras dengan matlamat penganjur untuk menaikkan lagi jenama produk pancing tempatan.


Antara yang menarik dalam program Monsoon Swamp Monster (MSM) 2025 ini adalah penampilan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang turut mengadakan pameran.

Selain itu, program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof dan gabungan tiga penjuru Kampung Bukit Layat, Kampung Jelapang serta Kampung Bukit Putera. Jadi, program ini dapat merapatkan lagi hubungan dalam komuniti dan menjana pendapatan bagi orang kampung.



Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan MSM 2025 di Bukit Layat, Setiu, Terengganu.

Terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu King of MSM25, King of Haruan, King of Toman, King of Bulan, King of Cilik Caster dan Pancing Layang. Ini termasuk acara cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

Pertandingan

Lokasi pertandingan berupa kawasan sawah padi yang dikelilingi oleh tali air dan parit. Kawasan ini dipilih kerana potensinya yang cukup besar dengan populasi ikan masih banyak, senang diakses dan luas iaitu hampir mencecah lima hingga enam kilometer persegi.

Sebelum memulakan acara, penganjur memberikan taklimat keselamatan dan peraturan pertan- dingan. Setelah habis taklimat, peserta pun mula dilepaskan. Kelihatan semua peserta berpusu-pusu untuk ke lokasi masing-masing.

Pertandingan tamat pada pukul 1 tengah hari. Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah berlangsung sejurus selepas itu dengan disampaikan oleh Azmi Maarof. Acara tamat pada pukul 4 petang.

Program di bawah naungan Persatuan Pemancing Terengganu itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pemancing dengan komuniti setempat. Besar harapan penganjur agar program ini dapat dimasukkan dalam ka­lendar pelancongan Terengganu dan menjadi tumpuan orang ramai dari serata negeri.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.033285 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list