CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4090|Reply: 6

[Tempatan] Anggota tentera pangkat sarjan buat amang seksual, seks luar tabii terhadap anak saudara

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap anak saudara perempuannya, 30 Januari lalu.

Lelaki berusia 40 tahun dan tidak diwakili peguam itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun 10 bulan di bilik sebuah rumah di Jalan Serindit, Kem Terendak, Sungai Udang, jam 8.21 pagi, 30 Januari lalu.



Dia dituduh mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Selain itu, tertuduh pada tarikh, masa dan di tempat sama didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii terhadap kanak-kanak itu tanpa kerelaannya dengan meletakkan ketakutan kecederaan terhadap mangsa.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula, 6 Mac ini.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 05:10 PM | Show all posts
bodohhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap mereput kat dalam nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
"... melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii"

Kenapa tak cakap terus ja liwat. Ka ada lagi persetubuhan jenis lain?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila lah malayzia nak gubal law kerat onex lelaki miang pesalah sexual

Aku dpt rasa byk kes salah laku sexual ni sebab terlalu banyak terdedah dgn child porno.Teruk dah melezia ni wehhhh.Pedo makin meningkat saban hari
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-2-2025 06:24 PM
"... melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii"

Kenapa tak cakap terus ja liwat. Ka ada ...

Oral sex pun blh jd jgk. Berita kat msia ni mcm hanat skit. Suka berteka teki.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneh2 segelintir askar.
Kenapa ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045872 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list