View: 5718|Reply: 2
|
Gaji RM1,700 Sesuai Untuk Hidup Di Kelantan, Tak Cukup Nak Bayar Pinjaman Pendidikan
[Copy link]
|
|
Kerajaan perlu memberi gaji setimpal mengikut tahap pendidikan selain pelaksanaan gaji minimum yang ditetapkan.
Graduan Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Airil Fitri Jalalludin, 25, berkata, gaji setimpal diperlukan oleh lepasan universiti kerana sudah mempunyai komitmen selepas tamat pengajian terutama bagi membayar pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurutnya, kadar yang dicadangkan mestilah melebihi gaji minimum RM1,700 seperti dikuatkuasakan ketika ini.
Gambar hiasan
“Nilai pendidikan seseorang itu membawa kepada nilai dan kualiti seseorang graduan dalam melangkah ke alam pekerjaan. Namun adalah tidak adil dengan memberikan kadar gaji minimum kepada para graduan yang sedaya upaya berusaha mendapatkan segulung ijazah.
“Mereka juga perlu menanggung beberapa kos selepas tamat pengajian seperti pembayaran hutang PTPTN dan beberapa komitmen lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial itu bagaimanapun tetap menyambut baik peningkatan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan.
Menurutnya, nilai gaji minimum yang dirasakan munasabah untuk lepasan pendidikan tinggi dicadangkan bermula antara RM2,200 hingga RM2,800 bagi diploma, lepasan Ijazah Sarjana Muda berjumlah RM2,800 hingga RM3,500 manakala lepasan Sarjana pula dalam lingkungan RM3,500 hingga RM5,000.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Siti Soraya Maisarah Razali, 24, berkata, jurang perbezaan gaji minimum tidak menjadi halangan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda jika mereka bekerja di negeri sendiri dan berdekatan dengan keluarga.
“Tapi jumlah gaji itu tidak sesuai jika berada di beberapa negeri yang tinggi kos taraf hidup seperti Selangor.
“Gaji minimum RM1,700 sesuai dengan taraf hidup di Kelantan dan Terengganu,” katanya.
Sementara itu, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UniKL, Wan Muhd Naim Abd Halim, 25, berpendapat, gaji minimum yang sesuai untuk graduan universiti ialah RM3,000.
Laporan Sinar Harian berhubung perbezaan gaji lepasan SPM, ijazah tidak adil.
“Gaji graduan sepatutnya dinaikkan terutama di beberapa kota besar termasuk di Kuala Lumpur, Johor atau Selangor yang tinggi kos taraf hidupnya,” katanya.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 yang berkuat kuasa pada Sabtu lalu memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta.
Bagaimanapun, perkara itu turut menimbulkan kegusaran dan mengundang pelbagai reaksi apabila gaji permulaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru bekerja menghampiri gaji graduan institusi pengajian tinggi (IPT).
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia ni memang tak adil, dek
Dunia ini penjara buat orang yang beriman, dek
Ahli falsafah terkenal arthur schopenhauer pon cakap camtu dek |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kau tumpu nak gaji besar kat kl sel jb la yang buat penuh sek sek mu kat sini..
dah belajar tinggi tu pergi la balik majukan negeri sendiri..
supaya kau boleh demand gaji kat sana pulak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|