CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5920|Reply: 0

Taktik Baru Scammer, 'Screenshot' Wajah Lepas Buat Panggilan Video Lucah

[Copy link]
Post time 4-2-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai dinasihatkan tidak menjawab sebarang panggilan video daripada nombor yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan siber.


Bekas pegawai kanan PDRM, Asisten Supritenden (B) Rahmat Fitri mendedahkan modus operandi terbaharu scammer yang menjerat mangsa dengan panggilan video berunsur lucah sebelum merakam wajah mereka dan mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.




IG




“Mangsa menerima panggilan video daripada nombor tidak dikenali. Sebaik dijawab, skrin akan memaparkan adegan lucah. Secara refleks, ramai yang akan tertengok tanpa sedar. Ketika inilah scammer bertindak dengan mengambil tangkapan skrin (screenshot) wajah mangsa,” katanya menerusi Tik Tok baru-baru ini,


Beliau menjelaskan selepas memperoleh bukti yang boleh mencemarkan reputasi mangsa, sindiket akan menghubungi mereka untuk meminta wang sebagai bayaran bagi mengelakkan penyebaran gambar tersebut kepada ahli keluarga atau pasangan.


“Selepas berjaya memerangkap mangsa, scammer akan mengugut bahawa mereka akan menghantar gambar tersebut kepada keluarga atau pasangan. Dalam keadaan panik dan takut, ramai yang akhirnya menyerah dan membayar wang yang diminta,” katanya.


Rahmat turut menasihatkan orang ramai segera melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa sekiranya menerima ugutan sedemikian.


“Saya menyeru agar masyarakat lebih berwaspada dan menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga serta rakan-rakan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan siber ini,” ujarnya,


Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan teknik baharu penipuan dalam talian dan tidak terperdaya dengan sebarang ugutan yang boleh menjejaskan maruah serta keselamatan diri.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.049079 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list