Bengkel kereta musnah dalam kebakaran
ROSHILA MURNI ROSLI
01 Februari 2025 04:30pm
Kejadian kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta di Jalan Bandar Perdana Sri Astana pada petang Jumaat.
SUNGAI PETANI - Sebuah bengkel kereta di Jalan Bandar Perdana Sri Astana di sini terbakar hampir 80 peratus pada petang Jumaat.
Ketua Balai BBP Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zaid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian terbabit pada jam 6.13 petang melalui talian MERS 999.
Menurutnya, anggota bomba dari BBP Sungai Petani telah diatur gerak ke lokasi yang terletak 20 kilometer dan tiba pada jam 6.35 petang.
“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan kereta terpakai di sebuah bengkel terbuka.
“Anggota yang ditugaskan memulakan operasi pemadaman menggunakan 100 kaki satu aliran dan satu pancutan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Jelasnya, bengkel terbabit musnah hampir 80 peratus namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
“Operasi kebakaran dapat dibendung dan api dapat dikawal pada jam 6.42 petang.Operasi ini turut dibantu oleh enam anggota dari BBP Amanjaya,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/710299/berita/semasa/bengkel-kereta-musnah-dalam-kebakaran
|