CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19803|Reply: 0

[Johor] Keluarga mohon penjelasan, apa yang berlaku kepada Jagdesshraj

[Copy link]
Post time 1-2-2025 06:13 PM | Show all posts |Read mode

S Pannir, 51, dan A Shanti, 51, bersama peguam, Dinesh Muthal dan aktivis Dayalan Sreebalan dalam sidang media, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Keluarga seorang tertuduh yang berada dalam tahanan Pusat Koreksional Johor Bahru menuntut penjelasan mengenai keadaan kesihatan lelaki itu selepas mendakwa dibawa ke hospital tanpa pengetahuan, minggu lalu.

S Pannir, 51, bapa kepada P Jagdesshraj, 21, mendakwa, dia hanya mengetahui anak bongsu daripada tiga beradik itu dibawa ke hospital ketika dia ke pusat berkenaan di Ulu Choh, Pontian untuk bertemu lelaki itu.

Katanya, sebelum ini dia berjumpa Jagdesshraj di pusat berkenaan dalam keadaan sihat, namun ada beberapa kali mengadu sakit leher.

"Saya difahamkan dia dibawa ke hospital pada 20 Januari lalu, namun kemudian dibawa pulang semula ke penjara reman itu, sebelum tahanan lain mendesak pihak penjara menghantar semula anak ke hospital.

"Mereka beritahu anak saya dibawa semula ke hospital pada 21 Januari lalu dan pada 23 Januari lalu baru saya tahu dia dibawa ke hospital apabila saya datang untuk berjumpanya.

"Bagaimanapun, sejak hari itu hingga ke saat ini, saya dan isteri, A Shanti, 51, tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku pada anak saya dan apa sakit yang dialaminya.

"Apa yang saya nampak, keadaannya agak kritikal sehingga dikatakan akan dipasang dengan alat bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut serta, peguam mewakili keluarga tertuduh, Dinesh Muthal dan aktivis, Dayalan Sreebalan.

Jagdesshraj ditahan pada 2023 bagi kesalahan jenayah berat sebelum dilepaskan dengan jaminan polis selepas 14 hari reman dan dia kemudian ditahan semula di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan direman selama 60 hari.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu, Jagdesshraj yang bekerja sebagai pembantu kedai dituduh di mahkamah bagi kesalahan jenayah berat yang mana dia tidak boleh dijamin dan sejak itu dia ditempatkan di Pusat Koreksional Johor Bahru.

Pannir berkata, selepas menerima surat kebenaran menjaga banduan atau tahanan di hospital, dia dan isteri dapat melawat anaknya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), namun tidak mendapat sebarang penerangan yang jelas daripada pihak hospital.

"Ada doktor kata anak saya ada darah beku di bahagian leher, ada doktor lain beritahu pula ada nanah di paru-paru, ada yang maklumkan buat 'scan', tetapi rupanya tiada sebarang proses 'scan' dibuat. Jadi, sebenarnya apa yang dialami anak saya?" soalnya.

Sementara itu, Dinesh Muthal berkata, pihak keluarga hanya ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Jagdeeshraj kerana sudah hampir dua minggu ditahan di hospital dalam keadaan tangan bergari di katil dan dipantau tiga pegawai penjara.

"Jika isu keselamatan, biasanya seorang tahanan akan dibawa pulang dengan segera ke penjara selepas dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

"Tetapi tertuduh ini sudah ditahan di hospital agak lama, keadaannya juga nampak teruk, termasuk sekarang sukar bernafas, hilang selera makan dan sukar bercakap.

"Isu di sini adalah kenapa keadaan yang terjadi kepada Jagdeeshraj ini tidak dimaklumkan kepada ahli keluarga dari awal lagi," katanya.

Dinesh Muthal berkata, sebagai seorang tahanan, Jagdeeshraj berhak mendapatkan perlindungan kesihatan, tempat dan pakaian yang selesa serta makan minum yang terjaga.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036683 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list