CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18784|Reply: 0

[Kedah] Amanah pertimbang tindakan undang-undang terhadap Sanusi

[Copy link]
Post time 1-2-2025 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Amanah pertimbang tindakan undang-undang terhadap Sanusi

NURUL HIDAYAH HAMID
01 Februari 2025 12:56pm




Mahfuz (tiga kanan) bergambar bersama beberapa penerima bantuan Program Kembali ke Sekolah anjuran Pertubuhan Peduli Aman di Langgar pada Sabtu.




ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan bahawa parti itu dilahirkan daripada DAP untuk memecahbelahkan Pas.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan parti itu diasaskan oleh bekas ahli Pas yang menolak arah tuju politik parti tersebut, sekali gus menolak dakwaan terbabit.

Mahfuz berkata, terdapat pelbagai dakwaan tentang asal usul penubuhan Amanah termasuklah ia ditubuhkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli sedangkan ia tidak benar.

"Sebenarnya, Amanah ditubuhkan oleh sekumpulan ahli-ahli Pas yang tidak boleh menerima pendekatan yang dibawa oleh Pas.


"Pendekatan ini membawa kepada permusuhan dan perbalahan dalam kalangan umat Islam dan sesama masyarakat pelbagai kaum,"katanya selepas menyampaikan bantuan kepada penerima pada Program Kembali ke Sekolah Pertubuhan Peduli Aman di Langgar, di sini, pada Sabtu.

Beliau berpandangan, Pas terus berpegang kepada pendirian terbabit sehingga kini dan tidak melakukan sebarang perubahan.


"Jadi, kami akan serahkan kepada pihak peguam untuk melihat kenyataan Muhammad Sanusi itu, apakah boleh diambil tindakan ataupun tidak,"katanya.

Mahfuz berkata, kenyataan dikeluarkan Muhammad Sanusi adalah percubaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam dengan mencipta persepsi bahawa Amanah ditubuhkan oleh DAP selepas mengaitkan DAP dengan ideologi anti-Islam.


Sebelum ini, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas mendakwa Amanah ditubuhkan DAP pada tahun 2015 sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk melemahkan Pas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kompleks Pas Kedah pada malam Jumaat.

Dalam ucapannya itu, Muhammad Sanusi turut mendakwa Amanah hanya menumpang sokongan DAP dan logo parti tersebut ditiru dari parti politik lain di India.


https://www.sinarharian.com.my/article/710256/berita/politik/amanah-pertimbang-tindakan-undang-undang-terhadap-sanusi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035671 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list