CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Pekan Bau kini indah dengan pintu gerbang dihiasi pelbagai lampu neon berwarna-warni

[Copy link]
Post time 28-1-2025 04:28 PM | Show all posts |Read mode


Pintu gerbang baharu pekan Bau meriah dan penuh warna-warni sepanjang Jalan Datuk Salau. - Gambar Roystein Emmor

BAU: Pekan Bau kini bercahaya dan bukan lagi ditakrif pekan 'mati' selepas pintu gerbang baharu dihiasi pelbagai lampu neon berwarna-warni dan jelas terpancar dari kejauhan.

Laluan sejauh 200 meter sepanjang Jalan Datuk Salau, Bau kini meriah dan penuh warna warni menandakan pesta cahaya bermula, kata Dato Henry Harry Jinep.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru itu menjelaskan bahawa struktur hiasan lampu di pintu gerbang itu dijangka akan menarik tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Bau terutama pelawat dari negara jiran Indonesia yang merupakan penyumbang kepada ekonomi pekan Bau.

"Kami mendapati sambutan warganet terhadap projek pemasangan lampu berwarna-warni di pintu gerbang ini amat menggalakkan dengan orang ramai menyatakan keterujaan mereka dengan tarikan baharu di pekan ini.

"Orang ramai tidak mahu pekan ini dianggap gelap selepas waktu petang dan mereka berharap akan ada sesuatu yang baharu untuk pekan ini pada waktu malam...justeru timbul idea membina pintu gerbang warna-warni ini," katanya.


Henry (tujuh kanan) merakam gambar bersama orang ramai pada majlis perasmian pintu gerbang baharu pekan Bau malam Ahad. - Gambar Roystein Emmor

Tambahnya, sebagai pemimpin, mereka menggembleng tenaga dan idea terutama dengan jabatan kerajaan, pihak majlis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mencipta tarikan baharu di pekan ini untuk dinikmati bersama terutama pada waktu malam," kata Henry pada majlis perasmian pintu gerbang berwarna warni di sini malam Ahad.

Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Bau yang meluluskan pemasangan struktur kekal pintu gerbang tersebut.

"Pemasangan lampu itu sejajar dengan penubuhan pekan ini lebih 200 tahun dan acara ini akan diteruskan setiap kali tiba musim perayaan di negeri ini,” katanya.

Bercakap lanjut, Henry berkata pihaknya kini sedang mempertimbangkan cadangan penutupan jalan selama satu malam bagi membolehkan penduduk beriadah sambil menikmati keindahan malam dengan pembukaan lampu warna warni ini.

Majlis pembukaan pintu gerbang itu dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api dan mercun serta persembahan tarian singa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044276 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list